subscribe: Posts | Comments | Email

Harga naik: Masa untuk berubah Stay FOCUS

Sayang semuanya sudah terliwat: Politik itu menjelekkan!

0 comments
Sayang semuanya sudah terliwat: Politik itu menjelekkan!

Belum sempat reda krisis harga, keruh lain pula melanda. Kes liwat, belum sempat diulas cerita liwat timbul pula kisah akuan PI Bala dalam kes Altantuya, ini semuanya hangat, kerana melibatkan kes ‘hi-profile’ . Cepatnya satu eposid itu berlaih arah menimbulkan tanda tanya. Ketika menatap entri blog saya, saya mengeluh; dah basi cerita aku ni. Sayang semuanya sudah terl(i)ewat.

Saya cuba memamahi disebalik semua episod ini. Rupanya bukan saya saja, bahkan hampir semua, tertanya-tanya – dikedai kopi, kedai teh tarik mamak bahkan ketika mengisi pam di stesen minyak bicara kes liwat dan Altantuya sama hebat. Ceritanya ‘naik’ secepat naiknya harga minyak dunia. Ketika singgah membeli akhbar STAR di perkarangan warung mamak, dua orang yang agak berusia bertanya sesama mereka, “ Apa cerita sebenar Anwar ni?” Namun jawapan itu sengaja tidak mahu saya dengar, bimbang mempengaruhi jalan fikir saya. Maklum khabar angin sedang bertiup kencang, kita tidak boleh ambil berita secara fasik dan dari orang fasik (tanpa menuduh orang yang berbicara tadi fasik).

Akhbar STAR membawa mesej yang menarik, sudah 2-3 hari saya meneliti cara dan gaya tulisannya, baik editor mahupun kolumunisnya. Saya faham STAR membawa mesej yang jika difahami dengan jelas ditujukan untuk ‘pembaca STAR’ itu sendiri. Jadi kepala tajuk akhbarnya mengajak kita untuk merenung sejenak. Semalam Headline-nya berbunyi; ‘High Drama’; hari ini ‘Head -on’ [Head [anwar] to Head [najib]‘. Pemberita sering membawa berita, pemberita yang hebat adalah penulis yang prolifik; pemberita yang bagus membawa berita disebalik berita.  Bunyinya macam khabar angin, tetapi masakan pokok bergoyong kalau tidak ada angin. Maka patutlah semuanya berangin. Boleh jadi ada semacam ‘High Drama’ boleh jadi semuanya betul, dan semuanya boleh terjadi. Jadi apa nak jadi akan terjadi. Aduh! pening kepala.

Buat masa ini tunggu dan lihat. Walauapa pun negara akan sedikit tercemar dimata orang luar.  Kes liwat yang dulu hingga mencetuskan reformasi masih pahit dirasa, betul lanskap sosio-politik berubah, tapi apakah itu harga yang seharusnya dibayar untuk sekian kalinya. Musim ini ramai saudara kita dari Timur Tengah akan berkunjung ke sini dari Arab Saudi, Kuwait, Dubai dan yang sewaktu dengannya; tentu cerita pertama yang akan mereka dengar DS Anwar meliwat lagi. Aduh Saliha! Apa nasib kita, angkara siapa agaknya yang seberani begini membuka episod baru yang penuh jijik dan jelek.

Saya abadikan untuk para politikus kita, satu penghargaan yang tidak tersisa. Sungguh ditangan mereka wajah negara dicorakkan, renungkan bagaimana beraninya mereka mencorak, bukan kain batik atau tenunan sulaman tetapi seolah-olah warna kehitaman sebuah negara bangsa; kerana ‘kuasa dan takhta’. But for now, sit tight; enjoy and watch what will be next?

Anda akan makin pening dan seram kalau baca entri ini.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Leave a Reply