Sesudah Raya
Aduh sudah lepas Hari Raya rupanya! Aku masih dimalam Lailatul Qadar, amat indah malam-malam Ramadan, tapi sayang semuanya sudah berlalu. Terlalu pantas masa berlalu sepantas merempit. Baru semalam aku bertarawih tak sangka pula sedang mengadap lemang dan rendang. Rupanya tak sama ni’matnya menguyah dengan mengalun zikir salawat yang satu berisi tapi kosong, dan yang satu lagi kosong tapi berisi. Raya memang seronok tapi sekejap jer, memang itulah hakikatnya yang seronok hanya dipangkal je. Ketika kuih raya singgah dilidah aduh ni’matnya tapi ketika masuk ke kerongkong hilang segala rasa.
Paling haru Raya di jalan Raya. Tak sempat kuncup tangan ibu ayah, sanak saudara, sahabat dan taulan, ada yang lebih rela mengejar maut dari hidup. Entah kenapa orang kita asal raya je ada yang rela langsung ke alam barzakh. Tak menyempat-nyempat nak ke sana, macam lah dah nampak taman-taman syurga. Kalau mati syahid tu okay la juga… boleh beri syafaat pada sanak saudara, maka mati mereka amat berbaloi dan berharga. Kalau mati mengejar lemang dan rendang aduh amat malang…
Senario selepas Raya tidak lagi serupa, kemeriahan ibadah sudah pun kurang. Lemau dan basi semacam kuih, ketupat dan lemang yang tak dijamah. Ibadah Akbar selepas ini tentunya ibadah Haji. Itulah fokus seorang muslim mukmin, Ramadan bukanlah satu titik henti ia hanyalah satu stesen yang merupakan satu persinggahan. ‘Next’ stesen adalah ibadah seterusnya…
Yang langsung melihat Puasa dan Raya sebagai adat akan kembali ke habitat asal. Yang merokok hanya malam telah kembali merokok selepas subuh ke subuh. Yang dulu tak berbau judi kini kembali menjadi taik judi, yang kaki terima dan beri rasuah sudah kembali mengira-gira ia sebagai punca pendapatan yang tak akan dikenakan tax. Orang macam ini yang digelar tak kembali ke RahmatulLah. Silapnya disitu bila Puasa hanya adat bukan ibadat. Pesan Tuan Guru saya orang inilah yang akan kecewa bila badai bencana dan derita menimpa. ‘Mind you’ tsunami ekonomi sedang berarak mara sedang kemelut politik tak pernah kendur Malaysia bagai diambang suram. Pada akhir 2007 heboh diperkatakan di Indonesia bahawa seorang peramal bernama Mama Laurent meramalkan Politik Malaysia akan runtuh pada 2008. Saya tidak mempercayainya bahkan anda juga jangan, tapi sayang tangan-tangan kotor dan jelek para politikus sedang membikin mimpi ngeri ini menjadi nyata. Berdoa dan berusaha mengubah nasib kita, Allah dan Rasul-Nya sedang memerhati….Belum terlambat mengucap Salam Maaf zahir batin.















Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam kenal dari saya, semoga blog saya yang pertama yang berbayar ini bisa menambah khasanah pemikiran dan wawasan ke-Islam-an kita semua terutama tentang salawat nabi yang sekarang sedang jadi bahasan dalam blog saya
Dan selamat hari raya Idul Adha 1429 H
Semoga Allah Memberkahi kita semua
Dan ( lagi ) ditunggu kunjungannya
Amin