
21 Disember 2012 bukan tarikh Kiamat
Walaupun 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat, bertepatan dengan hadis kiamat yang disebut nabi saw, pada saya ia tetap bukan insiden kiamat seperti yang kita faham, Imam Malik menukilkan hadis Rasulullah dalam kitab al Muwatta;
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.
Dalam hadith, dikatakan kiamat jatuh pada hari Jumaat. Dari Abu Hurairah radiyaLLahu anhu bahawa RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti ) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adlaah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu ini pula dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).
Enigma 2012 yang menghantui kita pada hari ini hanyalah gambaran kiamat Roland Emmerich pengarah bencana #1. Dia sudah menghasilkan filem blokbuster The Day After Tomorrow dan The Independence Day, juga Godzilla. 2012 adalah sebuah karya mega dengan tema kemusnahan dunia, dicipta dengan sentuhan teknologi IT -3D Digital plus, superimpose dan animasi maya yang fantastik; Pada asalnya fenomena 2012 hanya dibicarakan dalam lingkungan yang terhad, oleh komuniti ‘New Agers’ dan penggemar misteri dunia, melalui buku misteri dan sains fiksyen, serta dalam laman sesawang mereka, semuanya ini dibicarakan dan berlaku sejak awal tahun 80-an lagi. Namun semakin angka ini mendekat semakin ia disensasikan. Tanpa sedar minda kita seolah-olah sedang dipersiapkan menyongsong kehadiran petaka dunia yang dahsyat. Kita semacam terpaksa menerimanya, orang awam didesak untuk mempercayainya, orang bijak pandai diheret untuk membicarakannya; 2012 mula dibicarakan oleh khalayak. Kini ia sudah menjadi fenomena sejagat.
21 Disember 2012 yang dikenal kini sebagai tahun petaka, berasal dari pengiraan kalender kaum Maya yang digelar Long Count Calender. Long Count Calender sebenarnya sebuah papan batu unik yang digelar Aztec Stone, diiktiraf sebagai khazanah inskripsi purba kaum Maya. Dari situ ia dinyahkodkan dan berkembang menjadi ramalan; dan akhirnya menjadi sebuah kepercayaan bahawa pada 21 Disember 2012 itu adalah – end of the day – sebuah pengakhiran dunia. Itu jangkaan dan ramalan komuniti New Age dan pengemar misteri dunia. Dan kini ia sudah dikongsi oleh penduduk dunia. Penganut Kristian seolah-olah percaya dengan ramalan ini dan ia menyamai dengan ritual Rapture.
Memang ada hujah sains di sebalik fenomena 2012, pada tarikh itu berlakunya jajaran galaktik di mana solar system kita – matahari, bumi dan bulan bersama planet lain akan berada pada garisan ‘Galaktik Beam’ yang merupakan titik pusat galaksi. Fenomena ini berlaku setiap 5,125 tahun sekali. Kini ramai saintis percaya akan berlaku aktiviti kosmik yang tidak dijangka yang mampu mengakibtakan ketidakstabilan arus gelombang solar. Arus gelombang inilah yang ditakuti oleh para saintis kerana ia mampu mengganggu aliran magnetic bumi. Fenomena ini yang disebut sebagai petaka 2012 oleh komuniti ‘New Age’ dan berakhirnya era oleh kaum Maya. Kini kajian demi kajian saintis dibuat, mereka berusaha mengesahkan fenomena ini – fenomena yang telah ditemui oleh Kaum Maya lebih beribu tahun dahulu. Saintis dan para pengkaji moden mengesahkan fenomena ini termasuk Issac Newton. Persoalannya bagaimana kaum Maya mampu membuat pengiraan ini dengan tepat dalam pada sekitar 500 – 1,5000 tahun SM.
Seorang sejarahwan Amerika, Dr. Jose Arguelles mengabdikan dirinya untuk meneliti peradaban kaum Maya. Secara garis besar menggambarkan putaran fenomena ini adalah hukum langit dan hubungannya dengan perubahan manusia. Dalam karya Arguelles, The Mayan Factor: Path Beyong Technology yang diterbitkan oleh Bear & Company pada 1973, disebutkan dalam inskrispsi Maya tercatat bahwa sistem galaksi kita sedang mengalami ‘The Great Cycle’ yang berlaku dalam tempoh lima ribu dua ratus tahun lebih. Waktunya dari 3113 SM sampai 2012 M. Dalam kitaran ini, system suria dan bumi sedang bergerak melintasi sebuah sinar galaksi (Galatic Beam) yang berasal dari pusat galaksi. Diameter sinar secara horizontal ini ialah 5125 tahun bumi. Dengan kata lain, kalau bumi melintasi sinar ini akan memakan waktu 5125 tahun lamanya.
Orang Maya percaya bahwa proses ini akan mengakibatkan perubahan secara total – perubahan emosi dan spiritual manusia, orang Maya menyebutnya, penyelarasan galaksi (Galatic Synchronization). Pada 21 Desember 2012 akan menjadi hari berakhirnya peradaban umat manusia. Pada hari itu, tepatnya musim dingin tiba, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sela sistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah “Pintu Langit” saja bagi umat manusia.
Bagaimana dan dari mana kaum Maya berupaya menjangkakan fenomena galakatik ini menjadi satu tanda tanya. Saya tulis dalam buku 2012 : Di Ambang Amargeddon perincian pengiraan kalender kaum Maya dan ramalan kaum Maya, Hopi, I-Ching dan Nostradamus. Juga hujah sains dan hadis nabi saw. Buku 2012 akan menjadi karya ke-2 saya selepas Membongkar Misteri Dajjal. Karya berat yang menyeronokkan untuk dibaca. Kita sebenarnya sedang mengarah ke alam dunia baru. Tarikh tepat karya ini akan terbit masih dalam jadual dan perkiraan penerbit. Tulisan ini pun belum sempurna semuanya 70% dalam pembikinan. Saya harus mengolah lagi agar kena dengan tema penulisan saya – megajak manusia dekat dengan Allah.
Buku 2012 tidak ditulis untuk menyamai karya filem Roland Emmerich atau memenuhi selera pasaran, saya tulis sebagai obligasi menjelaskan fitnah Akhir Zaman, justeru temanya lebih luas ada kisah Amargeddon, kemunculan Imam Mahdi serta insiden akhir zaman yang belum pernah dibicarakan secara tuntas. Saya tidak perlu tergesa untuk menerbitkannya banyak lagi makna dan maksud yang perlu dihuraikan.
Sumber: Tulisan ini hasil petikan dari buku 2012 : Di Ambang Amargeddon dan petikan dari artikel di laman Qitori dan juga Langit Selatan.
21 DISEMBER 2012 BUKAN TARIKH KIAMAT
Walaupun 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat, bertepatan dengan hadis kiamat yang disebut nabi saw, pada saya ia tetap bukan insiden kiamat seperti yang kita faham, Imam Malik menukilkan hadis Rasulullah dalam kitab al Muwatta;
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.
Dalam hadith, dikatakan kiamat jatuh pada hari Jumaat. Dari Abu Hurairah radiyaLLahu anhu bahawa RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti ) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adlaah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu ini pula dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya)
Enigma 2012 yang menghantui kita pada hari ini hanyalah gambaran kiamat Roland Emmerich pengarah bencana #1. Dia sudah menghasilkan filem blokbuster The Day After Tomorrow dan The Independence Day, juga Godzilla. 2012 adalah sebuah karya mega dengan tema kemusnahan dunia, dicipta dengan sentuhan teknologi IT -3D Digital plus, superimpose dan animasi maya yang fantastik; Pada asalnya fenomena 2012 hanya dibicarakan dalam lingkungan yang terhad, oleh komuniti ‘New Agers’ dan penggemar misteri dunia, melalui buku misteri dan sains fiksyen, serta dalam laman sesawang mereka, semuanya ini dibicarakan dan berlaku sejak awal tahun 80-an lagi. Namun semakin angka ini mendekat semakin ia disensasikan. Tanpa sedar minda kita seolah-olah sedang dipersiapkan menyongsong kehadiran petaka dunia yang dahsyat. Kita semacam terpaksa menerimanya, orang awam didesak untuk mempercayainya, orang bijak pandai diheret untuk membicarakannya; 2012 mula dibicarakan oleh khalayak. Kini ia sudah menjadi fenomena sejagat.
21 Disember 2012 yang dikenal kini sebagai tahun petaka, berasal dari pengiraan kalender kaum Maya yang digelar Long Count Calender. Long Count Calender sebenarnya sebuah papan batu unik yang digelar Aztec Stone, diiktiraf sebagai khazanah inskripsi purba kaum Maya. Dari situ ia dinyahkodkan dan berkembang menjadi ramalan; dan akhirnya menjadi sebuah kepercayaan bahawa pada 21 Disember 2012 itu adalah – end of the day – sebuah pengakhiran dunia. Itu jangkaan dan ramalan komuniti New Age dan pengemar misteri dunia. Dan kini ia sudah dikongsi oleh penduduk dunia. Penganut Kristian seolah-olah percaya dengan ramalan ini dan ia menyamai dengan ritual Rapture.

Memang ada hujah sains disebalik fenomena 2012, pada tarikh itu berlakunya jajaran galaktik dimana solar system kita – matahari, bumi dan bulan bersama planet lain akan berada pada garisan ‘Galaktik Beam’ yang merupakan titik pusat galaksi. Fenomena ini berlaku setiap 5,125 tahun sekali. Kini ramai saintis percaya akan berlaku aktiviti kosmik yang tidak dijangka yang mampu mengakibtakan ketidakstabilan arus gelombang solar. Arus gelombang inilah yang ditakuti oleh para saintis kerana ia mampu mengganggu aliran magnetic bumi. Fenomena ini yang disebut sebagai petaka 2012 oleh komuniti ‘New Age’ dan berakhirnya era oleh kaum Maya. Kini kajian demi kajian saintis dibuat, mereka berusaha mengesahkan fenomena ini – fenomena yang telah ditemui oleh Kaum Maya lebih beribu tahun dahulu. Saintis dan para pengkaji moden mengesahkan fenomena ini termasuk Issac Newton. Persoalannya bagaimana kaum Maya mampu membuat pengiraan ini dengan tepat dalam pada sekitar 500 – 1,5000 tahun SM.
Seorang sejarahwan Amerika, Dr. Jose Arguelles mengabdikan dirinya untuk meneliti peradaban kaum Maya. Secara garis besar menggambarkan putaran fenomena ini adalah hukum langit dan hubungannya dengan perubahan manusia. Dalam karya Arguelles, The Mayan Factor: Path Beyong Technology yang diterbitkan oleh Bear & Company pada 1973, disebutkan dalam inskrispsi Maya tercatat bahwa sistem galaksi kita sedang mengalami ‘The Great Cycle’ yang berlaku dalam tempoh lima ribu dua ratus tahun lebih. Waktunya dari 3113 SM sampai 2012 M. Dalam kitaran ini, system suria dan bumi sedang bergerak melintasi sebuah sinar galaksi (Galatic Beam) yang berasal dari pusat galaksi. Diameter sinar secara horizontal ini ialah 5125 tahun bumi. Dengan kata lain, kalau bumi melintasi sinar ini akan memakan waktu 5125 tahun lamanya.
Orang Maya percaya bahwa proses ini akan mengakibatkan perubahan secara total – perubahan emosi dan spiritual manusia, orang Maya menyebutnya, penyelarasan galaksi (Galatic Synchronization). Pada 21 Desember 2012 akan menjadi hari berakhirnya peradaban umat manusia. Pada hari itu, tepatnya musim dingin tiba, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sela sistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah “Pintu Langit” saja bagi umat manusia.
Bagaimana dan dari mana kaum Maya berupaya menjangkakan fenomena galakatik ini menjadi satu tanda tanya. Saya tulis dalam buku 2012 : Di Ambang Amargeddon perincian pengiraan kalender kaum Maya dan ramalan kaum Maya, Hopi, I-Ching dan Nostradamus. Juga hujah sains dan hadis nabi saw. Buku 2012 akan menjadi karya ke-2 saya selepas Membongkar Misteri Dajjal. Karya berat yang menyeronokkan untuk dibaca. Kita sebenarnya sedang mengarah ke alam dunia baru. Tarikh tepat karya ini akan terbit masih dalam jadual dan perkiraan penerbit. Tulisan ini pun belum sempurna semuanya 70% dalam pembikinan. Saya harus mengolah lagi agar kena dengan tema penulisan saya – megajak manusia dekat dengan Allah.
Buku 2012 tidak ditulis untuk menyamai karya filem Roland Emmerich atau memenuhi selera pasaran, saya tulis sebagai obligasi menjelaskan fitnah Akhir Zaman, justeru temanya lebih luas ada kisah Amargeddon, kemunculan Imam Mahdi serta insiden akhir zaman yang belum pernah dibicarakan secara tuntas. Saya tidak perlu tergesa untuk menerbitkannya banyak lagi makna dan maksud yang perlu dihuraikan.

Sumber:
Tulisan ini hasil petikan dari buku 2012 : Di Ambang Amargeddon dan petikan dari artikel di laman http://qitori.wordpress.com/2009/02/23/kalender-maya-2012-kiamat/ dahttp://langitselatan.com/2009/02/24/tidak-ada-kiamat-di-tahun-2012/n .















sye ske dgn karya tuan…
sy dh bace misteri dajjal dan ia boleh d terima akal…
mmg btol kite kene tgk fenomena skang ni
dgn kecerdasan akal kn…
kalo buku 2012 dah kluar jgn lupe bagitau sye ok…
Bila datangnya kiamat x usah dipersoalkan. Yg pasti dia akan tiba jua walaupun secanggih mana teknologi manusia, ia x dpt dielak. Sebagai insan kerdil yg menumpang di bumi Tuhan ini, lengkapkan diri dgn amal ibadat seolah2 kita akan mati esok hari.
Amat setuju dengan saranan Umie. Kiamat itu adalah akhir sebuah perjalanan kehidupan. Maka yang seharusnya dikhuwatirkan adalah bekalan ‘amal. Bagaimana kesudahan sebuah perjalanan kehidupan hanya dalam perkiraan Sang Pencipta – Allah, Dia yang memulakannya maka Dia berhak menamatkannya pula.
Saya sedang berusaha menulis yang terbaik untuk 2012, sebuah karya muslim yang menjawab persoalan End of The Day & Amargeddon. Doakan saya. Saya amat terkejut bila membaca (tulisan para blogger remaja khususnya) yang masih kabur & hilang punca bila membicarakan soal kiamat, bimbang anak remaja kita mengambil 2012 versi barat sebagai rujukan akhir zaman, maka karya 2012 saya olah semula. Sebenarnya karya 2012 : Di Ambang Amargeddon adalah trilogi dari Misteri Dajjal. Menjelas fitnah akhir zaman.
InshaAllah akan terbit sebelum 2012…(janji penerbit sebelum Pesta Buku 2010).
Alhamdulillah, satu tulisan dan artikel yang hebat.. tahniah tuan.. saya tak sabar menanti artikel selanjutnya..
Terima kasih
Salam,
Satu harapan agar buku saudara kelak menjadi rujukan ilmiah yang dibaca bukan sahaja oleh mereka yang mencari hubungan secara saintifik antara Kiamat dan Islam serta pandangan luar, juga dapat dijadikan santapan pada mereka yang mencari keredhaanNya dan mengagumi kejadian serta IlmuNya. Bagi saya itulah matlamat ilmu.
hi,
x ada makhluk kat bumi ini boleh meramal bilanya hari kaimat.Hari kiamat adalah rahsia allhah saja………….
Salam saudaraku Zailani,
Terima kasih atas sokongan. Saya masih baru belajar untuk menulis, banyak lagi perlu teguran dan nasihat. Jikalau ada tips dan bahan untuk dikongsi.
Saya masih bergelut nak menghabiskan penulisan buku ke-2, 2012: DiAmbang Amargeddon; sudah selesai bab Imam Mahdi sekarang tengah menulis bab Amargeddon, Ramalan dari paranormal kaum Hopi, kaum Dogon, IChing, Bible Code, Nostradamus dan Fulcanelli; dan bagaimana hujah agamawan Islam melihat semua fenomena ini. Apakah semua ini ada locus standi dalam hadis-hadis Akhir Zaman atau sekadar ramalan rambang saja. Moga-moga Allah memandu dan merahmati ketika menulis tajuk-tajuk sebegini bimbang saya sendiri yang tersasar.
Tergesa menulis kerana mahu menepati tarikh Pesta Buku bulan Mac, doakan Allah permudahkan.
p/s: kenangan di SM Padang Tembak bersama dan musabaqah Al Quran di Kg Baru masih diingatan. ‘Vivid and clear’. Terima kasih melayari laman ini…
asslamualikum hanya allah yang tahu bila hari kiamat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dengan artikel saudara ini.Saya berpendapat ramalan kiamat pada 21 Disember 2012 adalah bohong semata-mata.Ini adalah satu pembohongan dan propaganda orang2 Yahudi laknatullah supaya seluruh penduduk dunia cemas dan hidup dalam ketakutan.Ingatlah dengan sabda Rasullulah S.A.W “Berlakunya hari kiamat itu adalah rahsia Allah S.W.T sahaja”.Tiada makhluk mahupun manusia mengetahui bilakah berlakunya hari kiamat itu.Bahkan baginda Rasullulah S.A.W sendiri pun tidak tahu tarikh sebenarnya hari kiamat itu.Berhati hatilah dengan fakta pembohongan tentang tarikh kiamat itu agar iman dan akidah kita tidak terpesong!!!Tetapi kita umat Islam ada diberitahu tanda-tandaya melalui wahyu Al Quran dan Hadis Rasullulah S.A.W.Ini termasuklah Tanda-Tanda Kecil dan Tanda-Tanda Besar yang kita umat Islam wajib mengetahuinya.Melalui tafsiran ulama-ulama seluruh dunia Tanda-Tanda Kecil Hari Kiamat sudah 95% berlaku.Ini termasuklah berlakunya banyak peperangan,gempa bumi dan bencana alam,zina berleluasa,amanah disiasiakan,anak dehaka kepada orang tuanya dan sebagainya.Segala tanda-tanda ini sudah muncul dizaman kita sekarang samada kita menyedarinya ataupun tidak.Sekarang kita akan diperlihatkan oleh Allah S.W.T mengenai 10 Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat seperti keluarnya fitnah Dajjal,turunnya Nabi Isa as,munculya bangsa Yakjuj dan Makjuj,terbit matahari dari Barat dan 6 tanda lain selebihnya.Tetapi sebelum munculnya 10 Tanda Besar Hari Kiamat ini akan ada satu “Tanda Penghubung” antara Tanda-Tanda Kecil dan Tanda-Tanda Besar itu iaitu “Munculnya Imam Al Mahdi”.Beliau merupakan wali pilihan Allah S.W.T yang “Ahlul Bait” yakni berketurunan Nabi Muhammad S.A.W.Namanya sama dengan Nabi kita iaitu Muhammad Bin Abdullah.Beliau akan membawa khbar gembira rahmat besar kepada seluruh umat islam di pelosok dunia yang sekarang ini tindas oleh puak-puak kafir Yahudi dan Nasrani/Kristian.Kita lihat lah nasib saudara-saudara kita di Palestin,Afghanistan dan Iraq yang amat menderita dalam kehidupan seharianya.Pemimpin Al Mahdi akan memimpin kita mencapai zaman kegemilangan Islam yang amat didambakan oleh umat Islam.Beliau akan mematahkan rancangan jahat Yahudi/Israel yang memperkudakan Amerika laknatullah untuk menguasai dunia ini.Dalam tempoh sekarang(2010)hingga 10 tahun akan datang (2020) kita akan melihat bangsa perosak Yahudi/Israel yang memperkudakan Amerika,Britain dan sekutu-sekutunya akan melengkapkan rancangan jahat mereka “New World Orde” ke fasa terakhir.Pada masa itulah akan berlakunya Perang Dunia ke-3 yang amat dahsyat dalam sejarah hidup manusia.Kuasa-kuasa jahat ini akan menyerang negara-negara yang dilihat mencabar kekuasaan mereka dalam melaksanakan rancangan “New World Orde” mereka terutamanya negara Islam Iran,Syria dan Lubnan.Ada pendapat yang mengatakan kuasa-kuasa jahat ini juga akan menyerang Korea Utara dan memusnahkannya untuk melengkapkan lagi rancangan mereka untuk menguasai dunia.Dalam tempoh inilah Allah S.W.T akan mengutus walinya pemimpin teragung Imam Al Mahdi dan bala tenteranya akan menghancurkan pakatan kuasa-kuasa jahat ini dengan bantuan Allah S.W.T dan para malaikat,Islam akan mencul sebagai kuasa baru dunia.Kuasa-kuasa kuffar/jahat ini akan dihancurkan oleh panji-panji Imam Al Mahdi sehingga mereka menyerah kalah akhirnya.Bersama-sama lah kita bersiap sedia dari segi rohani dan jasmani sementara menunggu kedatangan Imam Al-Mahdi,penyelamat kita diakhir zaman.Semoga kita berada dibawah lindungan payung Islam dan dijalan yang benar serta dalam rahmat Allah S.W.T…
Assalamualaikum
Sangant-sangat menarik. Walaupun apa hujah sekalipun, saya tetap bersetuju 2012 adalah KERAMAT…sesuatu mungkin berlaku yang mana ianya pasti akan membawa perubahan yang besar kepada sejarah peradaban manusia. Kebetulan sebelum ini saya ada mengulas isu yang sama dalam “KEBUN” saya. Apapun SYABAS saudara.
Tak sabar nak baca buku baru tu..Great!
Kalau ada orang yang tahu bila berlakunya kiamat bermakna ia lebih arif dari nabi.Kajian sains dan penemuanya adalah memperkukuhkan iman semata-mata bukanya memesongkan iman. Sungguh melucukan!!!!!Kenapalah kurang saintis yang mengkaji alam barzakh?Apa yang ada di sana? di mana tempat itu?Benarkah ada roh dan kemana perginya roh setelah kematian manusia?Semua yang kita tahu adalah dari segi agama tetapi dari segi sains kita bebal.HERAN YA KENAPA KITA BOLEH BERHUBUNG DENGAN SESEORANG MELALUI CELFON DARI JARAK BERIBU BATU,APA YANG BERLAKU SECARA LANGSUNG DITEMPAT JAUH BOLEH KITA LIHAT SERTA MERTA.APAKAH KITA BUTA HATI TENTANG KEKUASAAN TUHAN YANG MENJADIKAN ALAM SEMESTA?HARI KIAMAT ADALAH RAHSIAH TUHAN DAN TUHAN SAHAJA YANG TAHU BILA IA BERLAKU.KITA HANYA MEMBONGKAR RAHSIAH ALAM UNTUK MENGELAKKAN SUNAMI DAN BENCANA LAIN SEBELUM BERLAKU.