20 perkara yang pelik, aneh dan misteri 2012
Ada 20 perkara aneh yang saya temui ketika melakukan pencarian fakta bagi penyediaan karya 2012 : Di Ambang Amargeddon. Boleh jadi ada di antara fakta ini hanya gimik para bloggers atau mereka yang obsess dengan 2012. Namun perhatikan juga di balik fakta-fakta aneh ini terkandung fitnah akhir zaman.
Amaran penulis; Kita sekadar perlu mengetahui tetapi tidak seharusnya mempercayai segala-segalanya..
- 2012 arahan Roland Emmerich bukanlah satu-satunya filem Bolkbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For Souls arahan Micheal Bay (pengarah filem Transfomers) menanti atau ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya; lihat trailer-nya. Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens, dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya ini? (lihat trailer-nya di sini).
- Dalam filem 2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut, lihat pautannya di sini.
- Yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
- Kaum Maya telah mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
- Ada sebuah Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur, lihat pautan ini.
- Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
- Imam Mahdi dikatakan akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada hadis sahih mengenainya).
- Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika) dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
- 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
- Tarikh sebenar berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22 Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
- Munculnya The Shining One. Satu tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012? Lihat pautan ini.
- Berlaku perubahan era transisi spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku transisi spiritual. Lihat pautan ini.
- Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi. Lihat pautan ini.
- Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah Presiden Amerika yang terakhir.
- 5 filem kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah Terminator (kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
- Alien akan turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan penafsiran corp cicrles. Lihat pautan ini.
- Sebuah negara baru akan muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
- Nostrdamus meramalkan akan berlaku perang dunia ke III. Lihat pautan ini.
- Bible code ms 85. Ada mesej tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha Yitzahak Rabin (nama pembunuh Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan menghentam bumi. Lihat pautan ini.
- Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemsunahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.















Salam,
Satu penulisan yang hebat dan berisi.. kajian yang menarik.. terima kasih Tuan
Terima kasih atas komen dan respons. Barangkali masih ramai yang membuat kajian lebih terperinci tentang misteri kaum Maya dan tahun 2012. Ini satu sinopsis saja barangkali. Namun, apa yang mengejutkan saya dalam pencarian fakta karya 2012 adalah betapa kaum Maya begitu ‘precise dalam membuat andaian dan perincian tentang kajian ‘cosmology’. Apa yang saya temui adalah mereka mengkaji bagaimana masa bekembang – ‘time grow and expand’. Sungguh menakjubkan, kini saya terpaksa membaca buku dan meneliti karya Setphen Hawking – “A Breif History of Time” kerana memang ada perkaitan apa yang dikaji oleh kaum Maya dengan teori Newton, Einstein dan Setphen Hawking.
Saya berusaha mengaitkan apa yang mereka ditemui dengan ayat al Quran surah al Imran 190-191. Terbukti al Quran benar dan menepati sains. Subhanallah.
Kajian yang menarik.. Tuan pernah tonton dokumentari Mystery Of The Crystall Skulls terbitan Sci Fi Channel?
Rasanya Tengkorak Kristal a.k.a Crystall Skulls ni ada kaitan dengan 2012..dlm dokumentari tu disebut kalau tngkorak kristal dikumpulkan semuanya (jumlahnya 13) ianya boleh menyelamatkan tamadun manusia dari Armageddon 2012…
Bahan2 membuat tngkorak kristal ni sama dengan bahan yg kita gunakan untuk membuat micro chips..
salam. kajian yang menarik~ apabila kita sorot kembali, kelihatan seperti pengarah2 filem ini betul2 mengkaji kitab2 agama dan tidak lupa hadis2 tentang kiamat..bagaimanapun, semua ini masih adalah kajian..yang nyata Hari Kiamat itu hanya ALLAH yang Maha Mengetahui akan bila berlakunya…
wallahu’alam..
salam bro….
Tak kan rasa terkejut dgn penemuan pengkaji dgn apa yg dinyatakan Oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.Nampak sangat enta mcm lebih percayakan kajian dari Al-Quran ( Nampak jer dari ayat yg enta tulis tu,iktiQad enta,enta jer yg tau ).Terbukti al Quran benar dan menepati sains. Subhanallah
Dari ayat tu mcm enta baru mempercayai Al-Quran setelah dibenarkan melalui pengkajian SAINS.Org Islam nie kena yakin dgn Quran walau pun tiada apa2 pembuktian dari sudut ilmiah sebab Allah SWT nyatakan “Tidak aku berikan drpd Ilmu itu melainkan Sedikit”so harap diambil iktibar bro!!jgn terlalu obses dgn kajian sains sebaliknya obses lah dgn AL-Quran.
( Sorry kalau terkasar bahasa )
Terima kasih komen dan keprihatinan, tuan. Saya amat menghargainya.
Saya mengaku menggunakan perkataan yang salah untuk pernyataan ini atau tidak tepat barangkali, sungguh tidak ada susunan ayat yang dapat melafazkan rasa takjub melainkan lafaz ‘Subhanallah’.
Di balik itu tidak ada yang tahu betapa ketika saya mengulang ayat al Quran ini dan menemukan ia buat sekian kalinya (ketika menulis buku ke-2 saya 2012 saya masukan ayat-ayat kebesaran penciptaan langit kerana bertemu dengan satu hakikat yang belum pernah saya temukan) bertepatan atau berbetulan dengan hujah ilmiah ahli sains saya tersungkur takjub, saya sudah tulis perkara yang sama dalam buku Membongkar Misteri Dajjal dalam bab kejadian alam teori Big Bang dan pemisahan air laut yang masin dan tawar (sila rujuk); namun menghukum akidah saya rasanya agak keterlaluan. Ya, barangkali kita sering melihat langit dan angkasa raya atau melihat fakta yang banyak dalam kehidupan tetapi satupun tidak menyentuh rasa dengan sang Pencipta, tidak ada rasa takjub dengan keangungan Allah – kita cuma rasa biasa-biasa aje.
Nabi Musa as dan nabi Ibrahim juga pernah meminta Allah tunjukkan bukti KebesaranNya. Nabi Musa as minta Allah tampilkan WajahNya di gunung Thursina (surah Toha : 83-84)dan nabi Ibrahim as Allah perintahkan potong burung dan letakkan di empat penjuru gunung dan kemudian burung itu hidup (surah al Anaan : 76-78)keran mahukan pembuktian. Tidaklah perkataan mereka ini meragui sedikitpun tentang wujudNya Allah atau ketidakyakinan mereka tentang kebesaran Allah bahkan perkataan yang diajukan bertujuan menambahkan keyakinan di dalam dada.
Izinkan saya nukilkan kisah yang dipetik dari ayat surah at taubah, hadis yang Diriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT lebih merasa gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kamu di saat di dalam perjalanan di kawasan tandus (kering kerontang). Ketika berhenti beristirahat kemudian untanya berjalan perlahan-perlahan meninggalkannya sambil membawa perbekalan makanan dan minuman. Setelah dia mencarinya kesana-kemari dengan susah payah kemudian bernaung di bawah keteduhan bayang-bayang pohon serta berbaring di atas pokok akar dengan penuh rasa putus asa, dalam keadaaan yang demikian kemudian dengan tiba-tiba unta yang dicarinya muncul di sisinya. Dia terus memegang tali unta itu. Kemudian berkata dengan tanpa sadar atas kesangatan gembira yang dirasakannya: “Ya Allah! Engkau hambaku dan aku tuhan-Mu”. Karena ingatannya diputus oleh rasa kegembiraannya.
Benarlah saya tersalah ayat dan terkeluar (’tubik’ kata orang Kelantan) lafaz melatah saya mohon ampun dengan Allah diatas sebutan itu, namun tetap tidak terbendung rasa takjub ini pada Mu ya Allah. Walahu’alam.
artikel yang amat menarik,boleh saya letak kat blog saya tak…
Dipersilakan Tuan, tetapi jangan lupa tinggalkan link pautan.
saya rse nih hanya kesedaran sjew..sbb kite x bole 2 sngt kan
salam…info y anta 2lis anta dapt dari mne??
Sangat-sangat menarik. Syukur kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan laman ini. TAHNIAH dan SYABAS atas usaha NURANI semoga diberkati ALLAH.
salam bro,tq byk2,sblm ni saya dh mengikuti karya mohd isa daud…masa 2 br form 2…agaknya xmatang lg…kurang faham&susah nk terima tapi sy cuba nak memahami apa yg cuba disampaikan…skrg dh 17thn pencarian saya berhasil…inilah buku yg hampir sama dgn ape yg saya cr saya gambarkan tp xdpt diaplikasikan dlm pernyataan&tulisan…alhamdulillah….membongkar misteri dajjal…hmm bole kawe ambik artikel ni utk tatapan org ramai di blog kawe…