Kalimah Tuhan kini menjadi Kalimah Allah
Akhirnya nama Tuhan dalam Bible sudah menjadi Allah; ya, baru semalam. Tak lama ketika kita baru menyambut tahun baru al Masih. Saya sudah menulis lama tentang isu asimilasi agama ini dan dakyah yang berjalan dengan rinci – atas nama liberal dan toleransi. Kelihatan yang perlu beralah sekai lagi kita, orang Islam demi menjaga keharmonian.
Dengan ada keputusan ini apakah kita sudah berkongsi Tuhan, itu bukan soalan saya; tetapi soalan anak saya dan anak-anak jiran saya. “Tuhan dia sama dengan Tuhan kitala Papa. Okay-lah papa, tahun depan kita boleh sambut Krismas sama-sama dan mereka boleh sembahyang raya dengan kita”. Papa yang kelabu asap terus kelam tak boleh menjawab.
Saya keliru tak pasti orang lain macam mana – Tuhan Kristian boleh jadi Tuhan kita? Sejak bila Allah ini digunapakai oleh peganut Kristian sedunia (bukan di Asia Tenggara saja!!!). Oh, barangkali ketika pejuang salibi (Crusader-Knight Templars) menyerang Jerusalem Baitul Maqdis, apakah mereka sedang mempertahankan Tuhan Allah juga? Saya keliru. Tak mungkin pejuang Salibi itu membunuh orang yang memiliki Tuhan yang sama – Allah. Oppss, nanti dulu; tak masuk akal saya tak pasti orang lain macam mana, tak ada rasional di sini. Saya cuba baca buku sejarah tak kan sejarah menipu saya lagi. Fakta sejarah ini yang salah atau mereka hari ini yang salah, pejuang Salibi membunuh mereka yang Tuhannya adalah Allah???
Saya tak pasti perkara ini dimana logiknya? Rasional memang saya tak jumpa, pada saya tak masuk akal langsung. Tak pasti orang lain mudah-mudahan yang baca turut sihat akal fikirannya.
Jadi dia akan jadi begini – kalau di Israel kitab Bible orang Israel Kristian akan guna Yahweh (Tuhan orang Yahudi) bagi menggantikan perkataan Tuhan – eh, pasti kalau kat sini boleh pakai maka kat Israel pun sama, betul tak? (tak ada orang yang jawab…), itu mesti mereka buat dan laksanakan tak-kan kat Malaysia-Indoneisa saja Tuhan boleh ditukar-tukar. Mmm, saya rasa betul. Dan di India kitab Bible mereka pasti guna nama Brahmin sebagai ganti nama bagi Tuhan. Sayang saya tak sempat dan ada peluang baca kitab Bible dalam bahasa Tamil.
Fuhh, ini sudah kes berat. Saya sering juga berbahas bab logik dan rasional nie, tapi yang ini heavyweight– tapi kali ini bukan saja tak logic bahkan tak masuk akal langsung. Mmm, Tuhan boleh berubah ikut benua barangkali…
Saya ‘menung’ panjang, apakah mungkin orang Kristian di Norway dan Denmark (yang galak lukis kartun menghina nabi orang Islam) menerima Allah sebagi tuhan mereka oh, saya pasti tidak. Nak sebut nama Allah pun mereka cemuh inikan pula nak terima sebagai Tuhan. Apakah mungkin orang Denmark akan protes sebab ‘God’ mereka sudah bertukar menjadi Allah. Patut kita kena tanya orang Denmark juga pasal nih, sebab dia pun orang Kristian juga. Atau macam mana? Ke saya yang silap? Aduh pening nie…
Saya tak boleh tidur semalam, sebab cuba nak figure-out sejak bila Tuhan orang Kristian itu bernama Allah, apakah masa zaman ‘Robin Hood’ atau zaman ‘Merlin’?
Pagi ini saya terus pening walau sudah kena 2 cawan Ipoh white coffee kat Bangikoptiam. Saya masih pening. Bukan apa ‘pasal’ memikirkan apakah CIA-Pentagon-Amerika tahu akan hal ini. Apakah orang Amerika tahu bahawa Tuhan mereka itu adalah Allah. Sedangkan Tuhan Allah di Amerika adalah Tuhan bagi bagi para terrorist. Cuba lihat balik dalam filem Enemy of The State, ada babak dimana Brill, bekas CIA (lakonan Gene Hakcman) advise peguam teraniaya Robert Clayton (lakonan Will Smith) sebut “… awak sebut saja perkataan ini anda dan lokasi anda akan dapat dikesan, mana-mana individu yang menyebut perkataan Allah dalam perbualan mereka dalam telefon maka dia akan disyaki sebagai pengganas.” (diterjemah: kalau nak tahu cari DVD-nya http://www.imdb.com/title/tt0120660/fullcredits). Aduh lagi-lah aku pening. Tak masuk akal langsung…
Saya berada di Medan pada November tahun lalu, majoriti penduduknya orang Batak Karo yang beragama Kristian. Saya tinggal di hotel cantik 4 star barangkali, seperti biasa dalam laci ada kitab Bible dalam bahasa Indonesia ie Bahasa Melayu. Perkataan Allah disebut dalam kitab itu; saya janggal dan ada rasa terhiris – sedih melihat Allah disekutukan, tapi apa kan daya berada di negeri orang yang liberal sifatnya. Yang ‘okay’ saja dalam bab-bab agama “toleransi lah katakan” (kecuali Acheh). Dalam satu perenggan disebut Isa al Masih (disebut Yesus) itu adalah anak Tuhan kemudian baru diikuti dengan Allah; aneh, ironis dan segala macam rasa pelik datang – kenapa tidak langsung ditukar aje Yesus itu anak Allah. Yang akan berbunyi begini – Yesus itu anak Allah yang tunggal. Ya, bunyinya pelik bagi orang Melayu-Islam. Akan ada konflik. Maka untuk mengurangkan konflik disusun tatabahasanya. Semantik, semantic….
Allah mana boleh ada anak, tapi kalau disebut anak Tuhan macam ‘cool’ ajer bunyinya. Semantik yang mengelirukan. Oh, ya selepas ini jika kalah dalam rayuan saya agak pasti mereka akan minta Bible dalam bahasa Melayu pula. Itu rasanya boleh dijangka, yang tak boleh dijangka untuk apa dan untuk siapa…
Saya merenung wajah anak-anak, anak jiran yang berbasikal – yang baru semalam bertanya dengan saya; “…. ustaz Allah itu ada di mana?” Saya jawab dengan lelah dan dengan sedikit kepayahan, getus hati saya anak-anak kita masih tidak mengenal Tuhan.
Akhirnya saya terhimbau kata-kata yang saya dengar dalam perbualan setahun lalu, pepatah Cina ada mengatakan “tidak boleh ada 2 harimau diatas satu bukit” dan pepatah Melayu juga Inggeris ada menyebut “tidak boleh ada 2 nakhoada dalam satu kapal”. Kalau setakat bukit dan kapal pun tak boleh ada 2 apa lagi dalam agama, pemilik angkasaraya, bimasakti, cakrawala – tidak boleh ada 2 dan mana boleh ada 3. itu logik.
Sebut lah apa istilahnya Tuhan anak, anak Tuhan, Tuhan bapa atau bapa Tuhan atau tukar aje anak Allah, bapa Allah atau aduh terhiris rasanya saya nama Allah disekutukan.
Cukuplah sampai di sini, tak sanggup saya nak menulis lagi. Malam ini saya akan bermunajjat mohon pada Rabbul Jalil, Allah hu Jallah agar memberi hidayah, merahmati di atas bencana ini…
p.s: tanda kita yang bernama manusia itu lemah dan tidak boleh menjadi Tuhan, biarlah Tuhan yang menjadi Tuhan, dan jangan manusia mencampuri urusan Tuhan, dan kekallah Isa al Masih itu utusan Tuhan, simple dan mudah difaham [fullstop]
Trackbacks/Pingbacks
- VIRGIL - CheapTabletsOnline.com. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.Best quality drugs.No prescription online pharmacy. No prescription drugs. Order drugs online... Buy:Ventolin.SleepWell.Female Pink Viagra.Zocor.Nymphomax.Wellbutrin SR.Prozac.Lipitor.Lasix.Buspar.Lipothin.Female Cialis.Acomplia.Benicar.Advair.Amoxicillin.Cozaar.Zetia.Aricept.Seroquel....















Salam tuan. Terima kasih di atas artikel dan buah fikiran yang menarik dari tuan. Di Mesir atau Jeddah; kaum kristian di sana sudah lama menggunakan perkataan Allah pada tuhan mereka. Cuma ini satu agenda terbaru kaum kristian di Malaysia. Tujuan mengelirukan lagi orang Islam kita. Betul macam tuan cakap mungkin satu hari anak kita akan kata “bolehlah sambut Krismas”.
Bagi saya, kita sekarang perlu lebih, lebih dan lebih mengenali Islam dan Allah itu. Terlalu banyak fahaman Islam disalah faham oleh kita sebenarnya. Bila salah faham berlaku, kita tidak mampu membawa kredibiliti sebagai khalifah Allah dengan berkesan. Bila kredibiliti tidak menyerlah.. kita mampu diperlekeh musuh. Ini sudut pandangan saya sahaja.. sebab saya juga orang Islam. Saya juga sayang Islam.
Satu penulisan yang cukup baik. Tapi saya agak pelik dengan isu “ALLAH” kenapa baru sekarang kristian mengunakan “Allah” dulu semasa saya di sekolah menengah sekitar tahun 1999, seorg rakan saya yang beragama kristian memberitahu tentang konsep tuhan mereka “Trinity” (3 tuhan) tapi tak pernah pula dia sebut tuhan mereka tu “ALLAH”. Kenapa baru sekarang timbul isu ni…
salam..Jika puak kristian ni mahu guna kalimah “ALLAH” boleh, tapi mesti mengucap dua kalimah syahdah.Kalau tidak langkah mayat kita dulu..