MELIWAT KE MELAWAT
SX18-artikel ini mengandungi unsur ganas tidak berlebihan, seks tidak melampau, kata nista dan keji yang terkawal, kanak-kanak dibawah umur dinasihat membaca dengan panduan. Pengawasan ibubapa adalah diperlukan (itupun kalau ada kesempatan).
Matahari tegak di kepala. Panasnya berbahang. Sudah lebih seminggu KL panas hangat dan bangat. Tengahari pasti mencari tempat teduh. Semenjak 2 hari lepas aku sudah tidak menghirau panas terik yang berbahang. Di kamar bicara orang salah tempat aku berhimpun. Di sana semuanya panas.MELAWAT bicara orang yang dikatakan MELIWAT. Bicara ini menarik perhatian semua termasuk dunia. Penjual kacang rebus dan air jambu batu laku keras. Jualan meningkat 3 kali lipat.
Pasal apa ia terlalu sensasi aku tak pasti, tapi semua tertumpu di sini. Emak aku malam tadi berdiri menonton berita TV, kata dia; “MELUAT betul aku tengok berita MELIWAT nih!” Sekali lagi tokoh reformasi ini berada di kandang orang salah. Barang bukti semua dihimpun tidak ada lagi tilam cuma spesimen air mani yang sudah 2 hari berada di celah dubur mangsa.
Tok! Tok! boleh saya masuk? Siapa saya kata. “Mokhtar.” Mokhtar mana pulak nih? kata laluan encik, saya menoleh rupanya budak despatch yang menghantar kurier pos laju. Dia senyum. Saya kata celaka budak nih. Buat seminggu dua ini nama Mokhtar akan popular, dan pasati ada yang tersedak kerana kerap sangat disebut.
Cerita politik sadis mula hangat di warung kopi dan pantri opis. Ada yang marah dan ada yang MELUAT. Istilah MELIWAT jika dikira akan disebut sebanyak 3,645 kali sehari oleh orang yang berbeza dan dari pelbagai kaum tidak kira suku atau bangsa. Semua dengan semangat 1 Malaysia akan bersama memeriahkan kisah LIWAT ini.
Jangan underestimate bro memang ada orang percaya kes LIWAT ini berlaku. Aku sendiri sudah punya pengalaman ketika duduk beratur di pejabat pos, abang berkumis tebal selemba cakap dengan temannya; “kalau dah main Bon*** tu main jugak la, dah memang kaki LIWAT”. Aku tergamam. Adik sebelah yang berumur 6 tahun dari tadi membelek tiket nombor emaknya pun berkalih muka, memandang si abang berkumis bila Bon*** disebut. Dari riak muka aku pasti budak tadi faham makna Bon*** tapi dia macam nak tahu erti LIWAT. Si emak nampak panik, dia tarik anak dia menjauh. Tak lama kemudian dia dan sianak tadi pergi MELEWATI aku tanpa menoleh ke belakang. Aku cepat-cepat ambil kerusi yang dikosongkan sebab sudah lenguh berdiri.
Biasa, di serambi surau kisah LIWAT mendapat ulasan selari. Kata tok siak aku dah tak berani beli paper, bila bawa balik anak-anak tanya makna LIWAT aku tak dapat menjawab. Lebih baik jangan beli paper dan jangan tengok berita. Selamat kata dia. Semua dah macam suratkhabar semi-porno! Aku cuak dengan istilah itu maklum saja di erambi surau. Tok Siak tak tahu kat sekolah budak-budak dah berbalas sms pasal cerita LIWAT ni. Dari ketua kelas sampai ke ketua pengawas semua dah simpan dalam folder khas, cuma mak bapa yang tak tahu-ketinggalan.
Aku tak pasti siapa untung dan siapa yang rugi. Malas nak dihitung nanti otak aku naik menggelegak. Cukuplah panas hangat di tengahari. Aku tak mampu menahan suhu panas isu sensasi. Negara kita sudah masuk era sodom. Lupakah apakah yang terjadi pada daerah Goramoh. Dan macam ada yang tak peduli, cerita macam ini dijaja hari-hari. Bimbang nanti ditimpa bala. Bukan sedikit yang buat kerja kelucahan melampau, seks songsang; yang terang dan yang gelap, merata dan bersepah diKL ini. Kalau semua diheret bicara macam kes ni aku rasa sepi sekejap KL dari unsur maksiat.
p/s. Semalanm aksi dalam kamar akan dibicara dalam kamar. Maka aku tak payah pergi. Kalau mak tahu pun dia tak bagi pergi..













