subscribe: Posts | Comments | Email

MEMPERSEMBAHKAN 2012 DI AMBANG ARMAGEDDON MENDUNG DI AL QUDS

CINTA KASIH DI HARI VALENTINE :PROMOSI YANG BERJAYA

0 comments
CINTA KASIH DI HARI VALENTINE :PROMOSI YANG BERJAYA

Ramai yang tidak memahami mengapa promosi Valentine Day tetap berjaya sungguhpun mendapat tentangan hebat dari ulama’ dan pendakwah. Sungguhpun sudah diberitahu hari itu adalah menyambut kejatuhan kerajaan Islam Andalusia. Apa ‘tricks’ yang digunapakai sehingga kempen Valentine Day berjaya.

Setiap tahun Valentine Day tetap mendapat sambutan sama ada secara terang mahupun secara senyap. Tidak ada remaja yang dapat menahan sirna panahan cinta kasih hari V ini. Hampir semuanya kecundang. Setiap tahun ada saja improvasi hari V. Dan tahun ini muncul tema no panties yang mengerikan. Namun dari laman web yang saya layari tema ini disapa dengan bersahaja dan penuh teruja oleh mereka para jejaka nakal yang saya gelar pria-orang minyak.

Artikel ini ditulis 7 hari selepas hari V disambut. Sengaja mahu melihat reaksi seterusnya, dan ternyata benar selepas 7 hari cerita no panties ini kembali sepi. Cerita orang jual maurah diri ini rupanya bermusim. Hanya jadi bahan sensari akhbar saja. Sementara semakin ramai bayi dibuang di tong sampah, semakin ramai anak luar nikah. Itu semua yang pakai panties!

http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/

Siapa yang patut dipersalahkan. Pertama, bukanlah salah anak remaja yang fragile itu. Mereka naif. Kehendak dan fitrah mereka sudah dikaburkan, disadurkan dengan nafsu yang dianggap cool (boleh diterima). Hari ini siapa yang masih ada dara dianggap tidak up to date masih mentah dan tidak dewasa. Emak bapa yang sibuk mengejar dunia, jika tahu hal ini tentu seram sejuk mendengarnya, anak gadis mereka boleh hilang dara pada bila-bila masa di mana-mana saja. Di tandas, bus-stand, kebun bunga, belakang surau, dalam kelas, dalam bilik makmal dan senarainya terus panjang. Maruah dan harga diri sudah terlalu murah.

Kenapa setiap tahun para remaja tetap menunggu 14 Februari ini? Jawapannya saya pasti, kerana ia membawa tema cinta dan kasih sayang. Itulah rahsianya. Cinta dan kasih sayang akan melunakkan hati orang perempuan. Kasih sayang akan mencairkan hati mereka walau sekeras mana pun. Dengan cinta kasih wanita mampu menjadi buta, percayalah. Sungguhpun pada hari itu tumpahnya darah umat Islam di Andalusia, walaupun hari itu Paderi St Valentine memacakkan salib di bumi Andalusia – itu bukanlah perkiraan mereka. Hari itu sudah dicanang sebagai hari meluahkan kasih sayang. Maka banyaklah dara yang terkorban pada hari itu. Hari dimana cinta bersemi.

cinta_allah_320_320_0_9223372036854775000_0_1_0

Sudah menjadi fitrah wanita mendambakan kasih sayang, mengharap cinta seorang lelaki sejati, yang dapat memahami dan menyelami rasa hati. Ibarat Romeo dan Juliet seumpama Laila dan Qaisy yang tenggelam dengan cinta. Cinta adalah segala-galanya. Kata cinta, bait-bait cinta, bunga cinta; dan lagu cintalah yang dimainkan pada hari itu 14 Februari yang lalu. Siapa yang dapat resist that temptation.

Jika sejambak bunga dapat membeli cinta, jika bait-bait kata dapat menerbitkan rasa cinta, jika kalam indah dapat mencetuskan berahi cinta maka pasti akan dilakukan. Kerana cinta tidak ada nilainya. Cinta itu membuatkan kita buta dan tuli. Cinta itu tidak bertepi, sungguhpun lautan cinta luas dan dalam sekali. Hanya yang memahami dan merasa erti cinta akan mengerti; kalam ini.

Jika ada hari emosi dapat diluahkan, jika ada detik yang dapat dirasakan, maka hari itu pasti ditunggu. Kerana hari itu sangat indah dan bermakna. Hari dimana rasa dan emosi bersemi. Itulah hari V yang dinanti.

Ketika pendakwah sibuk menghukum dan berceramah menghentam orang, mencari salah dan titik bengek; tanpa sedar pendakwah kita  dengan menimbulkan aura benci dan kemarahan. Menjauhkan hati yang mendambakan kasih sayang. Menjadikan jiwa kering dan tandus. Pendakwah kita kita lupa nabi kita menyapa orang dengan kasih sayang dengan senyum dan wajah ceria. Akhirnya pendakwah kita jadi contoh Islam yang bengis dan sadis. Makin menjauh para remaja yang mahu mencari cinta.

Sayang para remaja kita tidak pernah mengenal cinta Allah. Cinta yang tidak bertepi. Allah menanti cinta para hamba. Di malam yang sepi. Allah menanti taubat orang yang bertaubat dengan tangisan dan airmata. Mereka yang mendambakan ketenangan hakiki. Mereka yakin Allah akan membalas cinta mereka. Itulah cinta yang hakiki.

Jika kau cinta bunga, bungakan layu jika kau cinta lelaki dia akan pergi tetap jika engkau mencintai Allah Dia tetap menanti. Apakah bisa engkau mengerti cinta ini…

Maka dengarkan lagu ini …[ under construction sila buka nanti satu video klip cinta Allah yang indah]

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Trackbacks/Pingbacks

  1. FRANCIS - CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.No prescription online pharmacy.Best quality drugs. Low price pills. Order drugs online... Buy:Propecia.Levitra.Cialis Soft Tabs.VPXL.Maxaman.Tramadol.Cialis Super Active+.Super ...

Leave a Reply