Sepetang di MPH Bookstore

Ada hikmahnya mengapa buku Fitnah 2012 (setelah diubah) tidak jadi dilancarkan di Pesta Buku. Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Pengatur. Rupanya Dia memberi ruang lebih baik untuk buku baru saya ini. Sungguh kita tidak boleh bersangka buruk dengan Allah, kalau ikutkan saya agak kecewa dan ‘down’ setelah penerbit memaklumkan buku saya ditangguhkan (kini masih menunggu pelepasan panel dan masalah teknikal, bab Imam Mahdi perlu ‘clear’). Barangkali sebab itu lama saya tak menulis, idea tersekat aje. Kini saya pulih, dan melihat dunia dari sisi yang baru. Allah akan memberi yang lebih baik jika kita bersabar dan bersedia. Dalam pertemuan dengan Senior Operation Manager MP, Encik Zaffri insyaAllah buku Fitnah 2012 akan dilancarkan di MPH. Subhanallah. Setakat ini beliau telah memberi ‘lampu hijau’. Tak jadi di PBKL 2010, rupanya Allah ganti di MPH bookstore sebuah kedai buku kelas 5 bintang, SubhanalLah.

Percayalah, Allah lebih tahu tentang urusan manusia, kini saya lebih faham. Dan saya lebih berbahagia.

Setelah lebih 7 bulan buku Membongkar Misteri Dajjal (MMD) berada di pasaran akhirnya saya mendapat peluang tampil di galeri MPH, Mid Velley pada Sabtu 17 April lalu. Terima kasih pada Mr. Os (nama samaran) dan En. Subhan atas inisiatif mereka. Satu panggilan yang mengejutkan dari Mr. Os (bukan nama sebenar) Pengurus Pemasaran HRP ketika saya berada di KK, Sabah. Beliau memaklumkan satu sesi pertemuan dengan peminat sempena kempen Mutiara Minda MPH. Saya antara penulis yang dijemput tampil untuk memeriahkan kempen ini.

IMG_6622

Saya tidak memaklumkan dan mewar-warkan sesi ini pada teman dan peminat setia MMD. Alasannya saya tidak pasti bagaimana sesi ini akan berjalan. Apakah sekadar hadir dalam perbincangan, sesi tandatangan atau asa sesi soal jawab. Oleh kerana tidak pasti maka ‘keep it to myself’. Rupanya diluar jangka semua sesi itu berlaku. Saya berpeluang berdiskusi dengan Encik Zaffri Hassan Senior Operation Manager, sesi taklimat buku MMD & perkembangan mutakhir serta sesi tandatangan. Rasa bahagia bila bertemu dengan peminat buku MMD sanggup yang beli untuk kali ke-2 hanya untuk ditandatangani. Saya terharu.

Saya berjanji akan menjemput teman dan peminat MMD ke majlis pelancaran buku FITNAH 2012 KOSNPIRASI GALAKTIK (tajuk yang masih dalam pengubahsuaian yang sebelum ini Di Ambang Armageddon).

Bahkan saya berjanji pada diri untuk menghasilkan karya yang lebih baik, bermutu dan kreatif, demi untuk peminat dan pembaca baru yang dahagakan informasi, ilmu dan jawapan pada misteri kehidupan yang tidak pernah terjawab. Saya adalah penulis yang membawa tag line penjelajahan di sebalik maksud.

Memang benar bukan satu atau dua judul yang ada ditangan saya untuk ditulis bahkan lebih. Saya tetap fokus pada tema Misteri dan konspirasi dunia, tetapi nanti dulu tuan-tuan belum lagi melihat sentuhan saya dalam genre novel, agama, motivasi dan kekeluargan. Mind you saya ada sedikit pengalaman sebagai seorang trainer dan dengan izin saya akan curahkan itu semua dalam karya saya. Moga Allah memberi kekuatan.

Saya tetap memberitahu diri bahawa saya bukan penulis biasa, tidak juga luarbiasa tapi ‘one of its kind’.

Encik Zaffri (dari kiri) dan Encik Subuhan

Encik Zaffri (dari kiri) dan Encik Subuhan

 

Ketika berdiskusi dengan Encik Zaffri dan Encik Subuhan (pengedar buku) saya dapat melihat dan merasakan betapa mereka menghargai buku-karya saya (MMD). Dia sungguh memahami dan menghargai kelainanya. Semuanya ini memberi tenaga untuk saya agar terus berkarya dan membakar semangat rohani saya agar melakukan ‘kelainan’. Benar, topik perbincangan ‘kelainan’ adalah elemen yang hilang dalam karya penulis tempatan. Sehingga kini penulis tempatan hanya ‘mengekori’ dari belakang gaya, bentuk dan isi penulisan Barat bahkan penulis dari Seberang. Menghasilkan karya biasa-biasa hanya molek untuk dijual, itu kata-kata Encik Zaffri tetapi tidak dapat mengubah ‘worldview’ pembaca

Minum Bersama Mr. Os dan Mr. Subuhan

Minum Bersama Mr. Os dan Mr. Subuhan

Kata Encik Subuhan penulis kena keluar dari kepompong ini bukan sahaja buku akan laris dipasaran bahkan mampu memecah dominasi. Hanya beberapa orang penulis yang mampu memecah dominasi. Mereka mampu melakukan ‘trend setting’ dan mempengaruhi pasaran. Saya bersetuju.

 

Secara peribadi saya melihat dari sudut kreativiti penulis, bagaimana buku dengan judul dan tema biasa boleh menjadi luarbiasa. Penulis perlu memberi masa dan ruang untuk ini – kreativiti. Penulis perlu ‘versatile’ – berusaha menjangkau imiginasi pembaca mengajak pembaca keluar dari paradigma biasa. Atas dasar ini saya sudah menetapkan gaya penulisan saya. Saya menulis mengikut ‘wavelength’ minda dan emosi pembaca. Saya akan tingkatkan tempo mengikut gerak nurani saya. Saya tak fikir pembaca saya statik, beku dan jumud. Ketika saya menulis dibalik sini saya percaya mereka bersedia di balik sana – ketika mereka membacanya. Saya tidak mahu pembaca berada dalam satu gelombang rasa yang sama. Pembaca adalah manusia yang punya kebolehan di luar skima dan punya tone warna yang berbeza-beza.

Pembaca punya 'tone' warna minda yang berbeza

Pembaca punya 'tone' warna minda yang berbeza

Sesungguhnya sesi sepetang bersama peminat di Mutiara Minda MPH amat bermakna. Ia telah membuka dimensi baru dalam dunia karya saya, horizon saya sudah berubah. Terima kasih kepada Encik Zaffri, Encik Subuhan dan ‘of course’ Mr. Os (Encik Hanif sebetulnya dari HRP).

Sabar ya bang nak tulis kata-kata misteri untuk akak nie..

Sabar ya bang nak tulis kata-kata misteri untuk akak nie..

 

 

Terima kasih Encik Nurani, kata peminat cilik ini setelah ibunya mendapatkan tandatangan dan dia memerhati buku saya lalu pergi.

Terima kasih Encik Nurani, kata peminat cilik ini setelah ibunya mendapatkan tandatangan dan dia memerhati buku saya lalu pergi.

Membongkar Misteri Dajjal Di MPH online

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...