HARI IBU 1: TRIBUTE UNTUK UWAIS AL QARNI.

HARI IBU 1: TRIBUTE UNTUK UWAIS AL QARNI. Khidmatnya Menjadikan Dia Terkenal Di langit Sungguhpun Tidak Dikenal di Bumi.

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa. ….

.. ..

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji…..

.. ..

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu…..

haj-pilgrimage-006

.. ..

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”…..

.. ..

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit). ….

.. ..

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. ….Ada…. ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan…..

.. ..

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. ….

.. ..

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit…..

.. ..

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah…..

.. ..

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”…..

.. ..

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”. ….

.. ..

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”….

.. ..

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak.  Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni…..

.. ..

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya…..

.. ..

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja  iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka…..

.. ..

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua…

WAHAI ANAK BERBAKTILAH KEPADA IBUMU SELAGI HAYATNYA MASIH DIKANDUNG BADAN, KELAK ENGKAU AKAN MENYESAL MENANGISI PERGINYA SEBUAH  PERMATA HATI…

Cerita indah ini saya titip dari sebuah laman saudara semuslim dari Indonesia , saya olah kembali agar bersesuaian dengan gaya bahasa Melayu. Saya tambah sedikit jalan ceritanya agar segar dibaca. Saya masih mencari semula laman itu.

HARI IBU2: TRIBUTE UNTUK UWAIS AL QARNI. Ketaatannya Menjadikan Doanya Di damba Saidina Ali dan Umar

Kerinduan Uwais Al Qarni pada Rasulullah…

Uwais Al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga kuat beribadah. Uwais Al-Qarni seringkali melakukan puasa. Bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada Allah. Satu keindahan akhlak Uwais Al Qarni adalah rindu dan cintanya pada Rasullulah. Alangkah sedihnya hati Uwais Al-Qarni apabila melihat tetangganya yang baru pulang berziarah dari Madinah. Mereka telah bertemu dengan Rasullulah; Nabi Muhammad, sedang aku hanya mendengar kisah nabi saw dihujung lidah mereka yang ke sana. Pilunya hati, memendam rindu dendam yang membara. Wahai Rasulullah aku amat cinta pada mu namun oleh kerana tanggungjawab aku terhadap ibu, aku pendamkan dahulu hasrat hati ini. Keluh hatinya sayu.

Ketika sampai perkhabaran berita tentang Perang Uhud yang menyebabkan Nabi Muhammad mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya, pandangan Uwais Al-Qarni terlempar jauh. Nun, di medan Uhud. Matanya bergenang, dia seolah-olah mahu berlari mengubat luka dan duka Rasulullah. Tapi apakan daya dia berdiri pasrah dihujung kampungnya yang gersang dan tandus itu di tanah Yaman yang kejauhan. Tanpa disedari Uwais Al-Qarni bergerak pergi jauh dari orang yang bercerita, disuatu sudut dia duduk sendiri mengambil batu dan mengetok giginya hingga patah. Ketika kesakitan itu terbit dia menahannya getus hatinya beginilah kesakitan nabi, wahai Rasulullah maafkan aku kerana tidak bersamamu. Airmatanya bercucuran membasahi tanah kering.

Hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais Al-Qarni untuk menemui Nabi saw semakin dalam. Hatinya selalu bertanya-tanya, bikakah mungkin dia dapat bertemu Nabi Muhammad saw dan memandang wajah beliau dari dekat? Menjamah wajah baginda dengan kesayuan, wajah redup dan bercahaya itu. Ia rindu dan rindu itu tidak tertahan lagi. Jika dapat dia mendengar suara Nabi saw tentu terubat keresahan ini, inilah kerinduan karena iman.

Kasih dan Cinta pada si Ibu…

Tapi bukankah ia mempunyai seorang ibu yang telah tua  dan buta, lagi pula lumpuh? Bagaimana mungkin ia tegar meninggalkannya dalam keadaan yang demikian? Hatinya selalu gelisah. Ketika memandang wajah ibu segera menghampiri, mententeramkan dia. Sambil memicit kaki dan betis ibunya, ibu saya ada disisi ibu. Katanya dengan nada yang syahdu. Sungguhpun demikian siang dan malam fikirannya diliputi perasaan rindu untuk menatap wajah nabi Muhammad saw. Entah mengapa dia tidak dapat menahan semuanya.

Akhirnya, kerinduan kepada Nabi saw yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, meluahkan hasratnya dengan berat hati, dengan penuh adab dan sopan dia memohon keizinan kepada ibunya agar ia diperkenankan pergi menemui Rasulullah di Madinah. Jika ibu berkata tidak maka cukuplah selawat ku untuk nabi yang tercinta, getus hatinya. Ibu Uwais Al-Qarni walaupun telah uzur, dapat membaca isi hati anaknya itu. Dia merasa terharu  ketika mendengar permohonan anaknya. Ia memaklumi perasaan Uwais Al-Qarni seraya berkata, “pergilah wahai Uwais, anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa dengan Nabi, segeralah engkau kembali pulang.”

615140382_6e62193f7c

Betapa gembiranya hari Uwais Al-Qarni mendengar ucapan ibunya itu. Bagai sibuta yang dapat melihat cahaya. Malam itu Uwais tidak dapat tidur, sungguhpun dirinya masih berada di bumi Yaman jiwanya sudah samapi di bumi Madinah. Keesokann harinya segera berkemas diri. Menyediakan kelengkapan diri. Seperti mahu bertemu kekasih hatinya berbunga-bunga. Namun, ia tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah mencium tangan dan dahi ibunya, Uwais Al-Qarni berangkat pergi menuju Madinah.

Setelah menempuh perjalanan yang jauh, merentas tanah Yaman yang gersang dan tandus akhirnya Uwais Al-Qarni sampai juga dikota madinah. Kakinya semakin cepat melangkah tidak sabar menuju rumah nabi. Segera ia mencari rumah nabi Muhammad saw. Walaupun kepenatan dia tidak segera berhenti rehat setelah ditunjukkan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al-Qarni menanyakan Nabi saw yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi tidak berada berada dirumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah ra, isteri Nabi saw. Uwais tertunduk sedih dan pilu. Ketika sudah berada dihadapan pintu murah insan yang dirindu dia hanya mendengar berita dan kisah nabi dari mulut isteri baginda. Airmatanya bergenang lagi. Betapa kecewanya hati Uwais Al Qarni. Dia bergerak ke masjid nabi, duduk disitu melayan perasaan yang gulana. Memerhati rumah nabi seperti melihat susuk tubuh baginda. Airmatanya jatuh bercucuran, lidahnya terus berselawat ke atas baginda. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi saw, tetapi Nabi saw tidak dapat dijumpainya.

Ingat Pada pesan Ibu …


Dalam hati Uwais Al-Qarni bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi saw dari medan perang. Ada ketika dia kembali berdiri di depan pintu rumah nabi, dan ada ketika dia berjalan lalu dibelakang rumah nabi, memikirkan apakah mungkin dia dapat menunggu nabi. Tapi bilakah Nabi akan pulang? Sedangkan masih terngiang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar segera pulang ke Yaman. Ketika pesan ibu dingatnya, dia tidak berupaya karena ketaatannya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi saw. Dia menoleh kembali melemparkan pandangan dengan penuh kesayuan ke arah rumah nabi. Pandangan terakhir, mengucapkan selamat tinggal serta menitipkan salamnya untuk Nabi saw. dan kemudian Uwais melangkah pergi dengan berat hati.

Demikianlah kisah indah seorang insan yang tidak dikenal orang Madinah tidak dipeduli orang sekeliling. Namun hatinya penuh dengan bunga keharuman, cinta kasih tulus untuk nabi dan taat setia pada si ibu. Tidak mungkin semuanya terpisah ia sudah sebati dalam dirinya. Aduhai anak, apakah mungkin kita mampu setaat Uwais Al Qarni atau bisa melabuhkan cinta rindu nabi seumpama Uwais Al Qarni. Mampu merentas gurun padang pasir yang panas dan tandus, hanya mahu meraih cinta dan rindu pada nabi dan kembali tanpa keberhasilan hanya kerana ketaatan pada pesan si ibu yang tua.

Bagaimana kita yang sering berada diantara 2 persimpangan antara patuh taat dengan ibu atau memenuhi hasrat dan kemahuan diri. Kenanglah kisah Uwais Al Qarni pemuda tulus ini. Yang hatinya bersih dengan cinta nabi dan setia pada si ibu tua. Dan dengarkan apa kata nabi tentang Uwais Al Qarni..

….

Peperangan telah selesai dan Nabi saw pulang menuju Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi saw menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya. Nabi mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi saw, Siti Aisyah ra dan para sahabat tertegun. Menurut keterangan Siti Aisyah ra, memang benar ada yang mencari Nabi saw dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad saw melanjutkan keterangannya tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit itu, kepada para sahabatnya., “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah talapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi saw memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

SubhanalLah taat kepada Ibu mengangkat darjat kita! Ingatlah dan hargailah momen ini selagi masih berbaki umur ibu berbaktilah padanya.

Cerita indah ini saya titip dari sebuah laman saudara semuslim dari Indonesia , saya olah kembali agar bersesuaian dengan gaya bahasa Melayu. Saya tambah sedikit jalan ceritanya agar segar dibaca. Saya masih mencari semula laman itu.

jangan lupa klik video klip ini, tangkap leleh ..Engkaulah Permata Hatiku, untuk ibu Hajjah Sharah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...