SEMALAM DI UIA : 2012 WILL EARTH SHUT DOWN

Semalam saya berada di UIA (Rabu, 26 Mei)  dijemput adik-adik dari Maaruf Club; bersama dalam forum Will The World Shut Down? Forum yang dihadiri lebih 200 orang pelajar bersama pensyarah dan juga orang awam. Saya digandingkan dengan ustaz muda Ustaz Syaari Abdul Rahman pakar motivasi pelajar dari IP Consultant. Dia punya wibawa serta idea menjadi ikon pelajar Muslim.

Saya perlu akui itu adalah penampilan saya yang pertama di dewan utama UIA, sebelum ini saya hanya tampil di pentas-pentas kecil sahaja. Keberanian Maaruf Club membawa tema konspirasi dan fitnah Dajjal harus dipuji. Tidak ramai yang melihat isu Dajjal dan konspirasi adalah ancaman bagi umat Islam. Dan mereka tidak berminat menjadikan ia sebagai ‘public forum’.

32571_110971148948256_100001061156584_76033_910523_nSungguhpun ia disebut nabi sebagai fitnah terbesar dalam sejarah umat manusia – ia tetap dilupakan oleh umat Islam sendiri. Pelajar bahkan orang awam perlukan maklumat yang jelas dan terkini tentang segala susur galur fitnah dan konspirasi Dajjal yang rencam. Saya adalah antara individu yang menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja itu - menyampaikan pesan nabi tentang fitnah Dajjal. Saya mahu menjadi orang yang paling dahulu dan tepat mengetahui serta paling prolifik dalam menyampaikanya. InshaAllah.

Ramalan-ramalan: 2012 The Prophecies

Berhadapan dengan ahli akademik dan mahasiswa dalam membentangkan isu agama yang berbaur mitos dan misteri bukanlah mudah. Saya perlu meyakinkan hadirin bahawa  apa yang saya mahu kongsikan adalah sesuatu yang penting dan bermakna. Dan pastinya punya inti yang ilmiah. Pembenatangan awal saya fokuskan pada isu ramalan (prophecies) yang banyak melatari tema 2012. Mana-mana Penulis  2012 pasti akan menyentuh topik  ini  - Nibiru atau Planet X, ramalan kaum Hopi : Blue star Kanchina dan ramalan Nostradamus. Ada fakta lain yang menarik untuk dikongsi tetapi  kerana faktor masa saya terpaksa menghadkan perbincangan saya antara yang saya tinggalkan adalah penemuan tema 2012 dalam Bible Code, I-Ching dan ramalan Master Alchemists – Fulcanelli. Semua ini adalah inti Ramalan 2012. Saya tidak punya masa yang banyak untuk menyentuh isu ramalan sikap dan pendirian agama Islam namun tajuk ini saya khususkan dalam buku 2012. Tema 2012 sudah menjadi enigma dan seseorang perlu kehadapan menjelaskan isu ini.

32571_110971115614926_100001061156584_76027_2359140_n

Ketika orang lain memandang sepi dan remeh isu Dajjal dan konspirasi saya berusaha menghidangkan yang terbaik untuk hadirin. Ada ilmu yang perlu disampaikan disebalik misteri dan mitos 2012. Saya dapat membaca riak wajah peserta yang tidak puas untuk mengetahui lebih banyak perkara. Ketika masa pembentangan dihadkan hanya selama 1.30 jam. Ustaz Syaari terpaksa bergelut dengan baki masa yang saya tinggalkan untuk menghurai tajuk persiapan menghadapi fitnah Dajjal dan pembinaan jati diri seorang muslim dengan menampilkan acuan Muhammad Al Fateh.

Pada orang awam 2012 adalah ramalan dunia akan kiamat, ia adalah produk Barat bagi meracuni pemikiran umat Islam. Justeru umat Islam cemuh, ahli agama mengajar dan memberitahu massa agar menjahui isu 2012. Syirik dan khurafat. Saya hadir memaklumkan ada fakta yang kita tidak ketahui disamping ramalan yang penuh curiga iaitu fakta berlakunya Jajaran Galaktik. Ia adalah hasil deduksi kaum Maya yang tidak diketahui umum. Maka misteri kaum Maya inilah yang perlu didedah umumkan. Ia bukan sekadar ramalan tetapi terkandung ilmu kosmologi – pengertian alam semesta yang hebat. Umat Islam rata-rata tidak mengerti akan fenomena ini. Pengkajian alam yang disorokkan. Mengapa? Lalu saya tulis dalam buku saya 2012.

The Conspiracy And Secret Societies

Saya cuba kekal pada tajuk 2012 tetapi bila tiba sesi soal jawab tema ini sudah beralih arah. Antara isu lain yang banyak ditanya adalah msiteri gerakan Freemason. Merujuk isu Freemason, pada hakikatnya kita hanya mampu membuat tekaan semata-mata, apa yang sebenarnya disebalik gerakan Freemason – tidak ada yang tahu secara tepat. Bukan sedikit versi huraian Freemason, terlalu banyak. Apa yang dapat saya katakan , ia adalah sebuah gerakan yang penuh dengan kerahsiaan. Bohong kalau ada orang mengatakan ia tahu segala-galanya. Hanya Grand Master yang tahu rahsia di balik kerahsian Gerakan Freemason. Gerakan Freemason mengandungi adalah 33 tingkat. Setiap tingkat punya kerahsiaan yang tidak diketahui oleh tingkat dibawahnya.

Gerakan Freemason adalah pertubuhan berdaftar di Malaysia menganjurkan usaha persahabatan, kesetiaan dan kebaijkan. Sungguhpun ia sebuah pertubuhan rahsia yang tertua di serata dunia ia didaftarakan secara rasmi di kebanyakan negara, termsuk di Malaysia. Justru ia bukan pertubuhan haram. Namun, ada paradoks dibalik semua ini. Ada fakta lain yang membingungkan ramai orang, fakta nama-nama Grand Master dan pelaku utamanya yang terlibat dalam konspirasi dunia. Ini bukan hujah seorang dua bahkan para tokoh seperti Henry Ford. Itulah yang tidak difahami oleh semua orang termasuk peserta pada malam itu. Mereka hadir dalam setiap gerakan melemahkan kedaulatan negara Islam dan mendokong kemunculan negara Israel. Sejarah dan fakta ini ditulis dan terdapat dalam banyak media. Sudah banyak buku dan laman web yang menceritakan tentang gerakan Freemason dan saya agak letih pada malam itu menceritakan asal usul Freemason. Tidak banyak manfaatnya kita tenggelam dalam bicara yang tidak tahu asal punca. Membaca dan menelurusi kisah gerakan Freemason amat memeningkan – seolah-olah ia sebuah pertubuhan bayang-bayang.

Semacam menjadi fobia kita umat Islam takut dan hilang punca.  Jika benar gerakan semacam ini berniat jahat dengan Islam maka Allah is the best protector. Pemilik agama Islam. Kita tidak berupaya melakukannya. Allah yang akan memelihara Islam dan akan memenangkannya. Kita perlu banyak melakukan amal soleh, menjauhi munkar dan menegakkan yang maaruf. Itulah yang saya pesan pada hadiran.  Yakin pada Allah tanpa berbelah bagi, maka Allah akan Agama dan umatnya. “Islamlah kamu nescaya kamu akan selamat”. Sehebat manapun perancangan musuh perancangan Allah berada diatas perancangan mereka, percayalah.

Simbol misteri adalah soalan ke-2 popular yang ditanya. Bimbang simbol mata satu berada dimana-mana dalam sukan, hiburan, media dan lain-lain. Nyata orang kita amat fobia dengan simbol. Tanya seorang peserta maskot Olimpik 2012 adalah patung mata satu (dan pada malam itu Ustaz Syaari menunjukkan maskot itu buat pertama kalinya), lambang Keadilan adalah mata dan banyak lambang lain yang mencurigakan – lambang kelab bolasepak Chelsea singa dan berbagai lagi. Saya tidak dapat menjawab isu dengan tepat ia perlukan penelitian lain. Saya bersetuju dengan Ustaz Syaari, kita terlalu takut dan susah hati dengan simbol, sampai simbol di kain pelakat pun disyaki kerja gerakan Freemason. Belum lagi yang ada pada seluar dalam sampai rasa tak selamat nak buang air. Apakah sudah hilang rasa gerun kita dengan Allah – bukankah Allah itu tidak bermata satu?

Surah al Kahfi adalah surah ajaib. Menghafal 10 ayat pertama surah al Kahfi disebut oleh nabi saw dapat menghindarkan dari fitnah Dajjal. Saya sudah tulis dalam buku saya ‘Membongkar Misteri Dajjal’ bahawa teralu banyak keajaiban dalam surah al Kahfi yang gagal kita fahami. Oleh kerana sukarnya untuk memahami fitnah Dajjal dan proksinya (gerakan Freemason) maka berserah saja pada Allah. Sudah menjadi sunnah fitnah itu sukar untuk difahami. Inilah fitnah Dajjal mahu kita ‘distracted‘, keliru, resah, bingung dan buntu seolah-olah tiada jalan keluar.

Antara  isu lain yang ditanya tentulah soal konspirasi, Yahudi-Zionis, kemunculan Yakjuj Makjuj, peranan mahasiswa dan banyak lagi. Pada hakikatnya forum pada malam itu berjaya mengangkat darjat ilmu hadirin pada satu tahap yang baru. Mudah-mudahan Allah memberkati semua yang hadir. Pembentangan saya pada malam itu didasarkan pada isi kandungan buku sya yang ke-2, 2012 Konspirasi Galaktik (yang masih menunggu hari untuk terbit). Saya suka menjawab isu besar semacam ini dalam buku, kerana ia  dapat diabadikan sehingga ke anak cucu, kalau tulis dalam blog saya hanya menyentuh persoalan yang dekat dengan umat dan keTuhanan. Laman blog adalah medan untuk saya meluahkan rasa nurani saya. Ada ketikanya saya bongkar juga kisah Dajjal dan pada ketika yang lain menyentuh soal konspirasi, tetapi tidak semua. Bukan semua dapat diejlaskan melalui laman bolg. Ppada mereka yang rajin dan tetap dengan blog saya maka mereka akan menemukan jawapan dari saya.   Setakat ini blog terbaik yang menceritakan hal konspirasi Dajjal adalah tulisan Ibnu Yaacob dan buku terbaik hal konspirasi dan misteri Dajjal adalah dari saya, InshaAllah-Amen. Saya mahu melakukan yang terbaik.

p/s: saya ingat pesan sifu saya (Hajjah Arina: Evolusi Minda) your product must be the First and Best in Town and Second in The World. Yang First and the Best mestilah buah tangan dari gurunya…

Rujukan dan pautan berkenaan : http://marufclub.com/Ustaz Syaari Abdul Rahman 

32571_110971158948255_100001061156584_76035_4386043_n[1]

(foto ehsan dari Bro. Taufiq)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...