SEMALAM DI UIA : 2012 WILL EARTH SHUT DOWN

Semalam saya berada di UIA (Rabu, 26 Mei)  dijemput adik-adik dari Maaruf Club; bersama dalam forum Will The World Shut Down? Forum yang dihadiri lebih 200 orang pelajar bersama pensyarah dan juga orang awam. Saya digandingkan dengan ustaz muda Ustaz Syaari Abdul Rahman pakar motivasi pelajar dari IP Consultant. Dia punya wibawa serta idea menjadi ikon pelajar Muslim.

Saya perlu akui itu adalah penampilan saya yang pertama di dewan utama UIA, sebelum ini saya hanya tampil di pentas-pentas kecil sahaja. Keberanian Maaruf Club membawa tema konspirasi dan fitnah Dajjal harus dipuji. Tidak ramai yang melihat isu Dajjal dan konspirasi adalah ancaman bagi umat Islam. Dan mereka tidak berminat menjadikan ia sebagai ‘public forum’.

32571_110971148948256_100001061156584_76033_910523_nSungguhpun ia disebut nabi sebagai fitnah terbesar dalam sejarah umat manusia – ia tetap dilupakan oleh umat Islam sendiri. Pelajar bahkan orang awam perlukan maklumat yang jelas dan terkini tentang segala susur galur fitnah dan konspirasi Dajjal yang rencam. Saya adalah antara individu yang menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja itu - menyampaikan pesan nabi tentang fitnah Dajjal. Saya mahu menjadi orang yang paling dahulu dan tepat mengetahui serta paling prolifik dalam menyampaikanya. InshaAllah.

Ramalan-ramalan: 2012 The Prophecies

Berhadapan dengan ahli akademik dan mahasiswa dalam membentangkan isu agama yang berbaur mitos dan misteri bukanlah mudah. Saya perlu meyakinkan hadirin bahawa  apa yang saya mahu kongsikan adalah sesuatu yang penting dan bermakna. Dan pastinya punya inti yang ilmiah. Pembenatangan awal saya fokuskan pada isu ramalan (prophecies) yang banyak melatari tema 2012. Mana-mana Penulis  2012 pasti akan menyentuh topik  ini  - Nibiru atau Planet X, ramalan kaum Hopi : Blue star Kanchina dan ramalan Nostradamus. Ada fakta lain yang menarik untuk dikongsi tetapi  kerana faktor masa saya terpaksa menghadkan perbincangan saya antara yang saya tinggalkan adalah penemuan tema 2012 dalam Bible Code, I-Ching dan ramalan Master Alchemists – Fulcanelli. Semua ini adalah inti Ramalan 2012. Saya tidak punya masa yang banyak untuk menyentuh isu ramalan sikap dan pendirian agama Islam namun tajuk ini saya khususkan dalam buku 2012. Tema 2012 sudah menjadi enigma dan seseorang perlu kehadapan menjelaskan isu ini.

32571_110971115614926_100001061156584_76027_2359140_n

Ketika orang lain memandang sepi dan remeh isu Dajjal dan konspirasi saya berusaha menghidangkan yang terbaik untuk hadirin. Ada ilmu yang perlu disampaikan disebalik misteri dan mitos 2012. Saya dapat membaca riak wajah peserta yang tidak puas untuk mengetahui lebih banyak perkara. Ketika masa pembentangan dihadkan hanya selama 1.30 jam. Ustaz Syaari terpaksa bergelut dengan baki masa yang saya tinggalkan untuk menghurai tajuk persiapan menghadapi fitnah Dajjal dan pembinaan jati diri seorang muslim dengan menampilkan acuan Muhammad Al Fateh.

Pada orang awam 2012 adalah ramalan dunia akan kiamat, ia adalah produk Barat bagi meracuni pemikiran umat Islam. Justeru umat Islam cemuh, ahli agama mengajar dan memberitahu massa agar menjahui isu 2012. Syirik dan khurafat. Saya hadir memaklumkan ada fakta yang kita tidak ketahui disamping ramalan yang penuh curiga iaitu fakta berlakunya Jajaran Galaktik. Ia adalah hasil deduksi kaum Maya yang tidak diketahui umum. Maka misteri kaum Maya inilah yang perlu didedah umumkan. Ia bukan sekadar ramalan tetapi terkandung ilmu kosmologi – pengertian alam semesta yang hebat. Umat Islam rata-rata tidak mengerti akan fenomena ini. Pengkajian alam yang disorokkan. Mengapa? Lalu saya tulis dalam buku saya 2012.

The Conspiracy And Secret Societies

Saya cuba kekal pada tajuk 2012 tetapi bila tiba sesi soal jawab tema ini sudah beralih arah. Antara isu lain yang banyak ditanya adalah msiteri gerakan Freemason. Merujuk isu Freemason, pada hakikatnya kita hanya mampu membuat tekaan semata-mata, apa yang sebenarnya disebalik gerakan Freemason – tidak ada yang tahu secara tepat. Bukan sedikit versi huraian Freemason, terlalu banyak. Apa yang dapat saya katakan , ia adalah sebuah gerakan yang penuh dengan kerahsiaan. Bohong kalau ada orang mengatakan ia tahu segala-galanya. Hanya Grand Master yang tahu rahsia di balik kerahsian Gerakan Freemason. Gerakan Freemason mengandungi adalah 33 tingkat. Setiap tingkat punya kerahsiaan yang tidak diketahui oleh tingkat dibawahnya.

Gerakan Freemason adalah pertubuhan berdaftar di Malaysia menganjurkan usaha persahabatan, kesetiaan dan kebaijkan. Sungguhpun ia sebuah pertubuhan rahsia yang tertua di serata dunia ia didaftarakan secara rasmi di kebanyakan negara, termsuk di Malaysia. Justru ia bukan pertubuhan haram. Namun, ada paradoks dibalik semua ini. Ada fakta lain yang membingungkan ramai orang, fakta nama-nama Grand Master dan pelaku utamanya yang terlibat dalam konspirasi dunia. Ini bukan hujah seorang dua bahkan para tokoh seperti Henry Ford. Itulah yang tidak difahami oleh semua orang termasuk peserta pada malam itu. Mereka hadir dalam setiap gerakan melemahkan kedaulatan negara Islam dan mendokong kemunculan negara Israel. Sejarah dan fakta ini ditulis dan terdapat dalam banyak media. Sudah banyak buku dan laman web yang menceritakan tentang gerakan Freemason dan saya agak letih pada malam itu menceritakan asal usul Freemason. Tidak banyak manfaatnya kita tenggelam dalam bicara yang tidak tahu asal punca. Membaca dan menelurusi kisah gerakan Freemason amat memeningkan – seolah-olah ia sebuah pertubuhan bayang-bayang.

Semacam menjadi fobia kita umat Islam takut dan hilang punca.  Jika benar gerakan semacam ini berniat jahat dengan Islam maka Allah is the best protector. Pemilik agama Islam. Kita tidak berupaya melakukannya. Allah yang akan memelihara Islam dan akan memenangkannya. Kita perlu banyak melakukan amal soleh, menjauhi munkar dan menegakkan yang maaruf. Itulah yang saya pesan pada hadiran.  Yakin pada Allah tanpa berbelah bagi, maka Allah akan Agama dan umatnya. “Islamlah kamu nescaya kamu akan selamat”. Sehebat manapun perancangan musuh perancangan Allah berada diatas perancangan mereka, percayalah.

Simbol misteri adalah soalan ke-2 popular yang ditanya. Bimbang simbol mata satu berada dimana-mana dalam sukan, hiburan, media dan lain-lain. Nyata orang kita amat fobia dengan simbol. Tanya seorang peserta maskot Olimpik 2012 adalah patung mata satu (dan pada malam itu Ustaz Syaari menunjukkan maskot itu buat pertama kalinya), lambang Keadilan adalah mata dan banyak lambang lain yang mencurigakan – lambang kelab bolasepak Chelsea singa dan berbagai lagi. Saya tidak dapat menjawab isu dengan tepat ia perlukan penelitian lain. Saya bersetuju dengan Ustaz Syaari, kita terlalu takut dan susah hati dengan simbol, sampai simbol di kain pelakat pun disyaki kerja gerakan Freemason. Belum lagi yang ada pada seluar dalam sampai rasa tak selamat nak buang air. Apakah sudah hilang rasa gerun kita dengan Allah – bukankah Allah itu tidak bermata satu?

Surah al Kahfi adalah surah ajaib. Menghafal 10 ayat pertama surah al Kahfi disebut oleh nabi saw dapat menghindarkan dari fitnah Dajjal. Saya sudah tulis dalam buku saya ‘Membongkar Misteri Dajjal’ bahawa teralu banyak keajaiban dalam surah al Kahfi yang gagal kita fahami. Oleh kerana sukarnya untuk memahami fitnah Dajjal dan proksinya (gerakan Freemason) maka berserah saja pada Allah. Sudah menjadi sunnah fitnah itu sukar untuk difahami. Inilah fitnah Dajjal mahu kita ‘distracted‘, keliru, resah, bingung dan buntu seolah-olah tiada jalan keluar.

Antara  isu lain yang ditanya tentulah soal konspirasi, Yahudi-Zionis, kemunculan Yakjuj Makjuj, peranan mahasiswa dan banyak lagi. Pada hakikatnya forum pada malam itu berjaya mengangkat darjat ilmu hadirin pada satu tahap yang baru. Mudah-mudahan Allah memberkati semua yang hadir. Pembentangan saya pada malam itu didasarkan pada isi kandungan buku sya yang ke-2, 2012 Konspirasi Galaktik (yang masih menunggu hari untuk terbit). Saya suka menjawab isu besar semacam ini dalam buku, kerana ia  dapat diabadikan sehingga ke anak cucu, kalau tulis dalam blog saya hanya menyentuh persoalan yang dekat dengan umat dan keTuhanan. Laman blog adalah medan untuk saya meluahkan rasa nurani saya. Ada ketikanya saya bongkar juga kisah Dajjal dan pada ketika yang lain menyentuh soal konspirasi, tetapi tidak semua. Bukan semua dapat diejlaskan melalui laman bolg. Ppada mereka yang rajin dan tetap dengan blog saya maka mereka akan menemukan jawapan dari saya.   Setakat ini blog terbaik yang menceritakan hal konspirasi Dajjal adalah tulisan Ibnu Yaacob dan buku terbaik hal konspirasi dan misteri Dajjal adalah dari saya, InshaAllah-Amen. Saya mahu melakukan yang terbaik.

p/s: saya ingat pesan sifu saya (Hajjah Arina: Evolusi Minda) your product must be the First and Best in Town and Second in The World. Yang First and the Best mestilah buah tangan dari gurunya…

Rujukan dan pautan berkenaan : http://marufclub.com/Ustaz Syaari Abdul Rahman 

32571_110971158948255_100001061156584_76035_4386043_n[1]

(foto ehsan dari Bro. Taufiq)

Post-post yang berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. nik says:

    Forum 2012 pada mlm tersebut berlangsung dengan hangat tp sayangnya banyak buah fikiran tidak dapat dibentangkan oleh pihak tuan.Saya ucapkan terima kasih pada pihak tuan kerana banyak membongkar tentang freemason dan dajjal .Pendedahan tersebut telah membuka minda saya betapa islam sekarang teramat rapuh dihati penganutnya terutama diri saya yang serba hina ini …

  2. CikguTaufiq says:

    Maksud Sufah Al kahfi : Ayat 1 – 10. ( surah Ke 18 dalam Al Quran)

    18:1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al Qur’an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;

    18:2. sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,

    18:3. mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

    18:4. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: “Allah mengambil seorang anak”.

    18:5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.

    18:6. Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur’an).

    18:7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

    18:8. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.

    18:9. Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?

    18:10. (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.

    “selamat Berjuang”

  3. musafir says:

    salam..
    pertama-tamanya, syukran jazilan kepada Tuan Khalid sebab sudi meluangkan masa bagi menjayakan forum 2012 tersebut..

    Subhanallah, sungguh banyak informasi baru yang saya dapat dari Ustaz ketika forum itu. Ini membuatkan saya lebih bersemanagt untuk meningkatkan bahan bacaan berkaitan konspirasi dajjal, illuminati, freemason dan sebagainya.

    saya ingin meminta kebenaran dari ustaz untuk copy-paste entri ustaz ke dalam blog saya. Saya juga telah membuat pautan link ustaz. mohon maaf atas keterlewatan pemberitahuan ini.

    syukran jazilan sekali lagi, Jazakallahu khairan jaza’.
    Allah yusahhil ilaik~

    p/s: ustaz– maaf sebab tak tahu nak panggil kata ganti nama yang mana satu.

    May Allah Bless~~~~~@@@~~~~~

  4. Ahmadi says:

    Salam Tuan Khalid,

    Syukran jazilan kepada Tuan Khalid sebab sudi meluangkan masa bagi menjayakan forum 2012 walaupon nmpak seperti byk lg isi dan info yg hendak tuan khalid perkatakan pada mlm tersebut kerana kesuntukan masa..

    Apapon forum bagus sbg pendedahan yg berguna utk pelajar2 dan forum sebegini harus diteruskan…sebetolnya sy juga mahu bertanyakan soalan kepada Tuan khalid pada mlm itu..tp klu tuan khalid ada kesempatan ms sudilah kiranya menjawab soalan sy ajukan
    disini..

    1. pertamanya sy ingin kepastian bahwa adakah tanah di Dubai yg maju dgn pembangunan dan berdirinya bangunan yg pelik2 serta byk menyamai tamadun mesir kuno dgn berhala2 firaun dan piramid dan yg terbaru dirancang bakal terbinanya satu berhala besar yang membenarkan satu hadis sahih mengenai kaum perempuan2 tua Bani Daus menari2(menyembah) dihadapan berhala tersebut itu nanti, berada dalam daerah Khurasan juga, seperti hadis sahih tentang keluarnya Dajjal??

    2. Apakah ada konspirasi antara Iran dgn Yahudi + USA dlm isu nuklear di Ishafan,Iran…dimana di dearah isshafan itu penduduknya ramai dikalangan kaum yahudi(Khazar)..
    Wallahu Alam

    Salah dan silap dlm bertanyakan soalan harap dimaafi,

  5. admin says:

    Terima kasih atas komen dan dokongan tuan semua; saya hadir unutk memberi respon.

    1. Walahua’lam saya belum bertemu dengan hadis ini. Terima kasih atas perkongsian. InshaAllah saya akan cari hadis ini. Komen saya tuan boleh baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan. Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..

    Beritahukan aku tentang hari kiamat (bikakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya.

    Menurut pendapat saya hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.

    Sudah saya katakan pada malam itu (fourm) kita kini berda at the ground zero age of Fitan – akhir zaman, betul-betul berada di tengah-tengah zaman fitnah. Fitnah Dajjal mendahului kemunculannya, maka yang perlu kita perhati dan awasi adalah fitnahnya jangan ditunggu dia keluar kerana dalam hadis yang lain nabi saw menyebut maksudnya; jika Dajjal keluar maka semuanya sudah terlewat mencari iman sudah tidak berguna lagi.

    2. Soalan menarik adalah apakah ada pakatan sulit Iran dengan Yahudi (Israel-Amerika) soalan ini saya jawab dalam buku saya (senarionya). Konflik terakhir sebelum Armageddon melibatkan Iran + Amerika + Israel + dunia = Perang Dunia III. Menuduh Iran bersekongkol dengan Israel dan Amerika adalah tuduhan yang agak keterlaluan. Hanya boleh saya katakan akan ada pemimpin mereka yang naif ditipu Israel seperti Saddam ditipu menakluk Kuwait dan kemudian dunia memebenci dan berpakat menyerang Iraq. Iran akan kena chek-mate dengan Yahudi Zionis dan sejarah itu sudah tertulis, hanya masa yang akan menentukan… walahua’lam.

  6. Assalamualaikum Tuan Khalid

    Saya sangat gembira dapat pertama kali berganding dengan Tuan Khalid, walaupun pada asalnya saya telah cadangkan pada pihak Ma’ruf Club memadai menjemput Tuan Khalid sahaja pd malam tersebut tanpa perlu saya. Namun penentuan Allah sudah pasti yang terbaik pada kita dan yang hadir di sebalik keterbatasan masa yang ada.

    Saya mohon izin copy paste posting tuan ini di blog saya. Terima kasih.

  7. admin says:

    Dipersilakan Ustaz. Saya juga berbesar hati dapat digandingkan dengan Ustaz kurang sikit gemuruh saya pada malam itu. Jika sesiapa mahu copy and paste saya cadangkan ambil dari versi ini yang sudah saya kemaskini – ejaan dan struktur ayatnya.

  8. pak anon says:

    pada saya blog terbaik yang menceritakan hal konspirasi Dajjal adalah mistisfiles.blogspot

  9. e1xtrim says:

    Salam. Nak tanya… mana nak dapat buku pasal dajal tu?

  10. adli says:

    salam buat saudara sekalian.
    sedikit ilmu yang dpt dititipkan.
    “JANGAN PISAHKAN NAFI DAN ISBAT…” genggamlah ia seteguh-teguhnya,kerana inilah kunci rahsia kita.insya’lah.

Speak Your Mind

*

*
= 5 + 1