WAHABI-SALAFI vs. AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: APAKAH KESUDAHANNYA…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ketahuilah bahawa saya berpegang kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah berdasarkan aliran Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Itulah ilmu tauhid yang sampai kepada saya. Ada yang bertanya apa perlunya saya isytihar pegangan saya? Menurut keyakinan saya inilah zamannya, zaman  fitnah yang getir bermula dn pecahnya golongan umat Islam kepada 73 firqah itu menjadi nyata. 72 golongan yang sesat dan hanya 1 yang selamat – golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Sudah tiba masanya anda menyemak susur galur kefahaman (ilmu) dan pegangan akidah anda. Apakah kita boleh berhujah atas keyakinan kita? Inilah ketikanya kita perlu mengambil pendirian atau memilih jalan.

Tulisan ini menyahut cabaran sahabat saya yang berasa bahawa sengketa Wahabi-Ahli Sunnah wal Jammah menjadi semakin sengit sejak akhir-akhir ini. Kritik-kritik balas  semakin pedas dan hangat. Boleh jadi inilah yang dihadapi oleh generasi awal – golongan pondok termasuk arwah ayah dan datuk saya ketika menghadapi kerenah kaum Muda dulu. Satu siri kemelut ilmiah Alam Melayu yang panjang. Sudah kita maklum pegangan akidah di Alam Melayu adalah Ahli Sunnah wal Jammah dari aliran Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Ia dibawa oleh pendakwah dari Hadhramaut yang antaranya dari keturunan Ahlul Bait. Sementara Wahabi-Salafi dinisbahkan pada gerakan ulama’ dari Najd  al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab . Pada asalnya adalah kesinambungan daripada aliran salaf dari jalur pegangan fiqh Imam Ahmad dan tauhid aliran Ibnu Taimiyah. Gerakan ini yang membasmi bidaah dan khurafat secara keras menguasai Tanah Arab dan kini disebarluaskan atas gerakan tajdid. Tanpa mempedulikan adab khilaf serta tenggelam dalam bicara mujadalah maka kembali berlaku pertembungan sengit ini.

Ketika perbalahan Syiah-Sunni masih belum reda sengketa Wahabiyah-Ahli Sunnah wal Jamaah pula bermula (awal dulu pertikaian hanya berkisar pada ibadah amali seperti bacaan qunut dan bacaan ‘usali’ namun kini sudah mula masuk ke persoalan pegangan aqidah). Kini sengketa ini semakin sengit. Ramai yang akan menjadi ‘korban’ – menjadi pongos dan bengis. Ustaz dan pengikut mencerca ikut sedap mulut. Sehinggalah mereka tidak tahu dan kenal batas sempadan adab berkhilaf. Mereka belajar tauhid, mereka belajar feqah tapi seolah-olah tidak pernah belajar akhlak. Hilang adab dan sopan.  Tuduh melulu, kata nista dan menghina. Sungguh ini tidak pernah dianjurkan Nabi saw yang tercinta.

wahabi

Ketahuilah awal segala perbalahan bermula dengan perkara khilafiyyah (perkara ranting bukan pokok) – bacaan Qunut, tahlil, tawassul, talkin, cara solat nabi dan beberapa isu lain lagi. Semua perkara ini sudah dibahas ‘habis’ oleh ulama terdahulu yang muktabar lagi mutjahid termasuklah diantara mereka Imam Mazhab yang Empat. Perkara asas dan pokok tidak diperselisihkan sementara dalam hal cabang mereka berlapang dada. Sehinggalah timbul ulama’ mutakhirin yang datang kemudian (yang tidak mujtahid) membangkitkan ia semula.  Dengan hujah atau kalam perbandingan yang kurang sedap – “siapa lebih benar nabi atau tuan guru awak? Awak nak ikut siapa nabi atau tok sheikh itu? Satu kalimah generalisasi hukum yang berat. Satu perbandingan yang salah dan diluar konteks. Seumpama si anak kecil membandingkan buah epal dengan durian. Sedangkan yang dibahas pada awalnya adalah perkara khilafiyyah bukan pokok. Meletakkan tangan sama ada di dada atau di atas pusat takkanlah sampai dituduh sesat. Belajar dan memahami Sifat 20 dianggap keliru apakah perlu dianggap kolot dan bidaah. Apakah perlu semua ini dihukum bidaah dan tidak sunnah! Diborong sekali dalam satu bakul sampah?

Barangkali ada kesilapan tafsiran serta huraian para ustaz kini dalam memahami teks turath yang digelar kitab kuning;  dari jalur ulama’ kitab kuning itulah yang telah membawa keluar orang melayu Hindu kepada Islam. Kini jalur ilmu baru dari jalur Ibnu Taimiyyah mahu dijuarai dengan alasan jalur ilmu tauhid Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah kolot dan ketinggalan zaman. Benarkah kenyataan dengan mempelajari jalur tauhid Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah umat Islam jadi lemah, keliru dan bengong. Apakah bukti, fakta dan dalilnya? Persoalannya apakah perlu dirombak dan ditukar ganti dari pengajian Sifat 20 kepada tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat, sedangkan kedua-dua jalur ilmu ini tidak disebut secara qaite (putus) dan khusus nama dan istilahnya oleh Nabi dan para sahabat. Apakah mahu dibuat kesimpulan Ibnu Taimiyyah lebih baik dari Imam Hasan Asya’air dan Imam Maturidi. Apakah itu motif disebalik gerakan tajdid?

Topik perbincangan yang asalnya duduk dalam perkara khilaf akhirnya dilonggokkan oleh mereka yang tak beradab dalam kategori bidaah; maka cenderonglah mereka yang melihat orang yang bertahlil itu sebagai sesat.  Menghukum sebagai perkara khilaf sebagai bidaah adalah punca sengketa ini. Di sinilah segala-galanya bermula. Mempertikaikan dengan bongkaknya ‘mana ada nas” “tunjukkan pada saya hadis yang nabi membenarkan majlis tahlil!” Sedangkan telah ada kaedah fekah yang disepakati bahawa dalam perkara baru jika tidak ada nas yang melarang maka hukumnya adalah harus.  Ketahuilah dikalangan ulama’ muktabar telah mengeluarkan pendapat dan sudah ada keputusan, memang ada perbezaan pendapat tetapi ulama’ dahulu menerimanya dengan berlapang dada.

Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman sebagai pendakwah, juga sebagai kadi. Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah menemuduganya dengan sabdanya :

“Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?” Jawab Muaz ,”Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran.” Tanya Rasulullah lagi; “Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?” Kata Muaz; “Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah(Al-Hadith). “Rasulullah bersabda lagi : “Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?”, Jawabnya; “Aku akan berijtihad.” Kemudian Rasulullah S.A.W. menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah ( Muaz ) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya.”
Bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Akan keluar suatu kaum di akhir zaman, orang-orang muda berfaham jelek. Mereka banyak mengucapkan perkataan “Khairil Bariyah” (Maksudnya dalil atau firman-firman Allah yang di bawa oleh nabi). Iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya.Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu, lawanlah mereka.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari, lihat kitab Fathul Bari juzu 15, awalsurat 315) Sangat jelas bahwa dalam hadis ini akan ada -menurut Nabi- sekumpulan orang-orang muda yang gemar mengeluarkan fatwa-fatwa agama berdasar dalil Quran dan Hadis, tetapi keimanan mereka tipis sekali dan bahkan keimanan keluar dari dirinya secepat keluarnya anak panah dari busurnya

Menempelak ulama’ silam adalah biadab dan tidak berakhlak. Apa lagi merasakan ilmu mereka lebih hebat dari ulama’ terdahulu itu lebih keji. Merasakan diri lebih baik dari orang lain ada sifat awal kajahatan Iblis. Ketika Iblis merasakan dia lebih baik dari Adam. Menyebut  Iblis teringat saya akan sebutan Iblis dalam hadis ini;

Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Syam , Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Yaman : Mereka berkata : Ya Rasulullah doakan di negeri Najd pula. Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Syam , Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Yaman . Ya Rasulullah doakan di negeri Najd pula. Kemudian Rasulullah bersabda di sanalah berlaku : Zalazilu wal fitan ( malapetaka dan fitnah ) dan di sana juga munculnya tanduk syaitan “ Janganlah kita menyuburkan sifat Iblis dalam diri. Moga Allah melindungi saya dan saudara juga.

Bermula tuduhan apabila pelaku ASWJ dituduh bidaah maka bermulalah serangan hujah balas yang tak sanggup didengar kita. Maka seolah-olah Wahabi -Salfi pula yang diserang sedangkan sengekta ini mereka yang mulakan. Mereka yang ‘draw the first bullet’.

Ada dakwaan tidak enak kaum Wahabi-Salafi terhadap golongan ASWJ yang menerima pakai jalan ilmu tauhid yang dikenal dengan nama Sifat 20 . Sifat 20 adalah hujah dan ijtihad Ulama silam yang muktabar bagi mendepani fitnah dan bidaah dan  Muktazilah, Mujassimah dan lain-lain fahaman. Menerima susunan ilmu Tauhid mengiktu susunan yang betul dari jalur ilmu dan ulama sehingga bertali sampai ke sahabat dan akhirnya Rasulullah itulah jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman dan aliran ilmu yang terputus sanad hanya memetik kitab bukanlah salah tetapi tidak boleh dijadikan hujah ia sebagai bnar dan juara bagi semua ilmu tauhid. Perhatikan hujah ulama yang bersanad lebih cermat dan teliti ASWJ . Berbanding hujah dan kalam membidaahkan orang lain apatah lagi menyesatkan mereka bukan dari akhlak dan adab Nabi saw. Kalam yang merendahkan ulama’ sehingga jatuh setaraf cikgu sekolah  ulama’ tradisional .

Hentikanlah segala perbalahan atas nama kasih sayang dan persaudaran Islam.  Perlukah kita  ber’tegang urat’  atas perkara Kilafiyyah. Tidak tahukah kita berlapang dada. Perlukah kita yang jahil terlibat sama, tidak mengetahui asal punca hujah menjadi jaguh mempertahankan- sehinggalah ahli kariah pecahbelah, sanak saudara bermasam muka, solat sudah tidak sama; maka hentikan perbalahan ini sebelum terlambat! Kita sudah masuk dalam jaring fitnah Iblis yang suka melihat umat Islam beradu domba bercakar sesama.

Bagi wahabi-salafi yang dulunya adalah jejak kaum Muda janganlah mudah menuduh bidaah dan sesat; dan ahli haraki-sufi janganlah pula mudah melatah, peliharalah adab dalam berbalah. Carilah Allah dengan jalan ilmu dan mujahadah bukan dengan jalan mujadalah (berbalah). Inilah pesan indah dari Guru saya Sheikh Ibrahim Mohammad. Dengarkan titipan kisah sejarah pejuang haraki ini yang saya petik dari blog beliau, wallahu’alam.

Rabu, Jun 23, 2010

Dr Burhanuddin Al-Helmy – Tokoh Pejuang Haraki Berjiwa Sufi

Dr Burhanuddin Al-Helmy, anak Perak kelahiran Kampong Changkat Tualang, Kota Baru, dilahirkan pada 29 Ogos 1911. Bapanya, Haji Muhammad Noor, seorang petani yang alim dan ahli tasawuf serta menerima pendidikan daripada beberapa orang guru kenamaan di Makkah termasuk Sheikh Mohammad Khatib Minangkabau. Ibunya bernama Sharifah Zaharah binti Habib Osman.


Sejak kecil lagi Dr Burhanuddin mendapat asuhan dan bimbingan daripada ibu bapanya dari segi pendidikan agama. Beliau sudah bersembahyang fardu semenjak usianya tiga tahun, khatam al-Quran ketika berumur sepuluh tahun dan mampu menghafal lebih separuh isi kitab suci itu. Orang tuanya telah memberikan pelajaran agama dan didikan kerohanian kepadanya lantaran itulah beliau pernah mengungkapkan keterangan mengenai bapanya;

Ayahanda saya adalah seorang tasawuf dan bertariqat Naqsyabandi dan waraknya. Maka saya pun dari kecil dilatihnya warak dan mesti kuat beribadat mengikut-ikut dia sembahyang berjamaah, membaca Qur’an dan berzanji…(Burhanuddin, 1971: 36)

Sesungguhnya, pembentukan jiwa Islam semenjak kecil telah memupuk akhlak mulia serta semangat keIslaman yang tinggi ketika beliau dewasa dan sebagai benteng pertahanan yang kental daripa pelbagai serangan spiritual dan fizikal misalnya terpaksa menjalani tahanan ISA semasa berjuang di arena politik tanah air pra-merdeka.

Dr Burhanuddin Al-Helmy, anak Perak kelahiran Kampong Changkat Tualang, Kota Baru, dilahirkan pada 29 Ogos 1911. Bapanya, Haji Muhammad Noor, seorang petani yang alim dan ahli tasawuf serta menerima pendidikan daripada beberapa orang guru kenamaan di Makkah termasuk Sheikh Mohammad Khatib Minangkabau. Ibunya bernama Sharifah Zaharah binti Habib Osman.


Sejak kecil lagi Dr Burhanuddin mendapat asuhan dan bimbingan daripada ibu bapanya dari segi pendidikan agama. Beliau sudah bersembahyang fardu semenjak usianya tiga tahun, khatam al-Quran ketika berumur sepuluh tahun dan mampu menghafal lebih separuh isi kitab suci itu. Orang tuanya telah memberikan pelajaran agama dan didikan kerohanian kepadanya lantaran itulah beliau pernah mengungkapkan keterangan mengenai bapanya;

Ayahanda saya adalah seorang tasawuf dan bertariqat Naqsyabandi dan waraknya. Maka saya pun dari kecil dilatihnya warak dan mesti kuat beribadat mengikut-ikut dia sembahyang berjamaah, membaca Qur’an dan berzanji…(Burhanuddin, 1971: 36)

Sesungguhnya, pembentukan jiwa Islam semenjak kecil telah memupuk akhlak mulia serta semangat keIslaman yang tinggi ketika beliau dewasa dan sebagai benteng pertahanan yang kental daripa pelbagai serangan spiritual dan fizikal misalnya terpaksa menjalani tahanan ISA semasa berjuang di arena politik tanah air pra-merdeka.

PERJUANGAN

Dalam perjuangan, Dr Burhanuddin diberi mandat memimpin beberapa pergerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM – 1945), Presiden Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS – 1945), Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM – 1946), Pengerusi Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA – 1947), Penasihat PKMM (1947) dan Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS – 1956).

Pada Januari 1965, Dr Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa terbabit menyokong Indonesia dalam konfrontasi Malaysia-Indonesia. Dr Burhanuddin jatuh sakit semasa di dalam tahanan dan penyakitnya tidak baik setelah dibebaskan pada bulan Mac 1966. Pembebasan beliau bersyarat – tidak boleh melibatkan diri dalam politik tetapi pada 22 September 1969 syarat tersebut ditarik balik. Namun pada 25 Oktober 1969 Dr Burhanuddin meninggal dunia kerana keuzuran ketika masih lagi menjadi Yang Dipertua PAS.

KEPERIBADIAN SUFI HARAKI

Dr Burhanuddin mengisi masa lapangnya dengan membaca, menulis dan mendengar radio sehingga jauh-jauh malam atau dengan beribadat. Dari segi amalan peribadinya, beliau bersungguh-sungguh mengerjakan kewajipan sebagai seorang Islam, banyak berzikir dan kerap mengalirkan air mata apabila beliau menginsafi kekerdilan manusia dalam hubungan dengan Penciptanya. Beliau gemar mengamalkan sembahyang tahajud di waktu dinihari dan pengikut setia Tariqat Na’Syabandiah. (Saliha, 1997:22)

Dr Burhanuddin seorang ahli sufi walaupun beliau tidak pernah mengatakan bahawa beliau seorang ahli sufi. Hal ini dinyatakan oleh seorang rakan seperjuangan beliau dengan menyebut:

Sepanjang hayat saya, saya belum pernah lagi berjumpa dengan orang-orang yang berkebolehan seperti Dr Burhanuddin. Ramai yang sufi tetapi tidak pula alim bahasa, ramai pula orang alim bahasa tetapi bukan pula ahli politik, ramai orang ahli politik tetapi bukannya orang sufi, ada juga agaknya orang yang ahli bahasa merangkap ahli politik tetapi bukannya seorang doktor perubatan, dan doctor jiwa atau, mungkin ada memiliki segala-galanya yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin umpamanya tetapi tidak serendah hati beliau terhadap semua manusia. (Majid Saleh, 1991:5-6)
KARYA

Karyanya merangkumi pelbagai bidang seperti perubatan, politik dan tasawuf. Antara karya dalam bidang politik dan tasawuf ialah Perjuangan kita diterbitkan pada tahun 1946, Falsafah Kebangsaan Melayu (1954), Ugama dan Politik (1954), Ideologi Politik Islam (1957), Arab Perjalan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963) dan Simposium Tasawuf dan Tariqat (1972 cetakan ke-2).

Salah satu catatannya dalam Agama dan Politik pada tahun 1954 menyebut:

Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik itu bukan agama. (Kamarudin 1980: 158)

ALIRAN KEILMUAN KAUM MUDA & TASAWUF TARIKAT

Dalam buku Simposium Tasauf dan Tarikat, beliau mencoretkan :

Dalam hal ini rasanya eloklah saya ceritakan sedikit hal-hal saya dengan tasawwuf ini. Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara‘nya. Maka saya dari kecilnya dilatih secara wara‘nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjamaah, membaca Quran dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.
Bila saya lepas belajar ke luar, di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula ‘ulama’-‘ulama’ kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba‘ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, [Syeikh] ‘Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi.
Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot. Pada saya, tasawwuf dan tariqatnya itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur-aduk dengan bid‘ah. Pada saya kitab tasawwuf seperti karangan Imam Ghazali (w.505H/1111M) itu saya pandang seperti madu bercampur racun, kerana saya pandang dari segi bahas fiqh, tafsir dan hadith tidak kuat menurut kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940. Pendeknya ilmu tasawwuf saya ketepikan. Nafsu saya tidak mahu langsung kepadanya, apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang ‘Malaya jadi Palestin kedua’ masih kedengaran diperkatakan orang.
Maka saya di India saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (Ph.D) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah. Saya pelajari sufi dari bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa‘i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu ‘Ata’illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula.
Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus-peny.) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada ‘ulama’-‘ulama’ Syafi‘i dan ‘ulama’-‘ulama’ tasawwuf, sama ada ‘ulama’-‘ulama’ itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui ‘ulama-‘ulama’ fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha [se]bagaimana yang diperjuangkan oleh Wali Songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.

Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawwuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik.
Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan ‘ulama’-‘ulama’ tasawwuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya.

(Sila rujuk risalah ‘Simposium Tasauf Dan Tariqat’ oleh Pro Dr Burhanuddin terbitan Maktabah Haji Abdullah bin Mohd Nordin Ar-Rawi Pulau Pinang, cetakan pertama 1966)

Beliau juga pernah dijemput berucap di Persidangan Pembukaan Kongres Ahli-ahli Tariqat As-Sufiah Seluruh Malaya pada 20 Oktober 1960, di Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Begitu juga di Sidang Mesyuarat Agung Persatuan Tariqat As-Sufiah yang pertama pada 3 Jun 1962. Beliau menyeru:

“Janganlah lemah ahli-ahli Tariqat Sufiah meneruskan jihad di tengah-tengah masyarakat kebendaan yang perlu disiram dengan siraman jiwa tauhid dan sufiah, dan awas, dan jauhkan diri daripada tasauf yang maghrur, tasauf yang dirasuk oleh tipu daya musuh-musuh Islam.”

Beliau turut menyarankan kepada para pencinta tasawuf tarikat dengan ucapannya :

“Dalam meneruskan jihad Tariqat Sufiah ini, susunlah lebih kemas lagi perpaduan dan siarkanlah pelajaran-pelajaran tasauf itu mengikut adab dan akhlak ahli-ahli tasauf. Jangan tiru-tiru ahli fiqah. Biarlah ahli fiqah dengan gelanggangnya! Tetapi ahli tasauf jangan tak bergelanggang, mestilah ada bergerak dalam gelanggangnya. Adakan yayasan dan perguruan tasauf secara zaman ini, jangan jadi pak turut sahaja. Islam membenci pak turut dan taklik buta. Semua ahli tasauf, mestilah betul-betul menjadi al-tabi’in al-‘arifin al-shodiqin.”

Demikianlah seorang tokoh pejuang Islam yang begitu komited dalam membangunkan bangsa dan negara dengan ruh agama bersendikan pengamalan tasawuf tarikat yang benar.

Wallahu ‘alam.guru kenamaan di Makkah termasuk Sheikh Mohammad Khatib Minangkabau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...