Lama tidak menulis bukan kerana ketandusan idea dan bahan tetapi kerana laman ini diserang virus. Saya percaya ia digodam orang yang tak bertanggungjawab, barangkali setelah menulis artikel Anti-semitic vs Anti-Peace – artikel yang mendedahkan kebohongan Yahudi-zionis.
Selepas dari itu ramailah peminat-pemiant yang bernama dan tidak bernama masuk menceroboh laman ini, menghantar pesan-pesan tidak senonoh dan cacing kerawit. Pernah saya ter-klik sekali dan seluruh paparan skrin laptop saya gelap.
Mujur web master (sdr Syed Ikhwan) canggih orangnya ‘kredit’ 5 bintang saya bagi kat dia, memang dia Dr. komputer. Kerana hampir sebulan saya tak boleh posting artikel kerana kerap digannggu oleh ‘lembaga-lembaga’ spams yang banyak.
Sebab ke-2, dalam kesibukan ibadah rohaniah Ramadhan saya sebenarnya bersiap untuk kembara Eropah. UK, Itali, Swis, Jerman, Belanda, Belgium dan Austria. Kembara bersama isteri, abang Ipar dan teman dengan pakej Kelana Konvoi yang amat adventure dan menyeronokkan. Ke 6 negara dengan harga yang berpatutan. Cerita menarik sepanjang perjalanan dan hikmah disebalik sebuah perjalanan akan saya tulisa dalam laman ini, InsyaAllah. Saya bercadang untuk menerbitkan sebuah buku khusus untuk merakamkan pengalaman yang banyak dan berharga ini, moga Allah makbulkan.
Setelah mendapat tahu laman ini telah pulih dari serangan penggodam saya lega. Syukur alhamduliLah.
Maka nantikan tulisan saya, ceirta kembara, buku 2012 yang sedang sarat menanti hari kelahiran, cerita seminar di UIA dan jemputan UTP bersama Ust, Shaari (pada 14 Okt.), terlalu banyak yang mahu ditulis.
SAlam SyaWal MaaF zaHir Batin. Dari NuRaNi…..

