KONSPIRASI 9/11 & PERISTIWA AKHIR ZAMAN:KITA SEMAKIN HAMPIR

article-1158419-03B6E204000005DC-168_468x564

 AMARAN : KEPADA MEREKA YANG MEMBACA ENTRI INISEBELUM 12.10.2010 SILA BACA KEMBALI. SAYA SUDAH PIDA DAN KEMASKINI KALAM DAN KATA-KATANYA KERANA HANYA PADA TARIKH 12hb. SAYA PERLU MEMBETULKAN SEGALA (hanya gimik jangan percaya tarikh itu, anda mesti membacanya sekali lagi kerana sebelum ini artikel ini tidak dikemaskini akibat serangan virus ia tidak dapat dipamerkan- sudah ditulis lama hanya baru diposting )

Sudah 9 tahun tragedi 9/11 berlalu tetapi tidak ramai yang tahu bahawa terdapat beberpa kelompok manusia yang sudah mengetahui ‘in-advance’ akan kejadian ini. Aneh bagaimana ini boleh terjadi. Ada 2 kelompok manusia yang memperolehi maklumat dari sumber yang berbeza. Dari 2 kelompok ini memberi indikasi bahawa mereka mendahului kita dalam banyak perkara. Suka atau tidak barangkali pada mereka sudah diperolehi segala maklumat rinci atau derafa bayanagn kejadian. Bagaimana ini boleh terjadi? Entri ini akan mendedahkan sebahagian darinya – selebihnya ada dalam buku baru saya. Saya cuba menjawab persoalan ini dan dibalik tabir misteri?

Ketika kapalterbang penumpang Fligt 11 menghentam bangunan (utara) World Trade Center (WTC) pada pagi 9 September 2001 saya adalah antara orang yang terawal tidak mempercayai ia adalah tindakan pengganas Arab. Ketika semua mengatakan Amerika sedang diserang, jauh disudut hati saya mengatakan petaka dunia sudah bermula “…ada sesuatu yang tidak kena”. Rupanya bukan saya sahaja berkongsi rasa yang sama bahkan ada dikalangan manusia yang tahu bahawa tragedi ini akan berlaku.

Setelah 9 tahun berlalu saya terbaca sebuah buku dari penulis prolfik akhir zaman Muhmmad Amin Jamaluddin, dalam bukunya beliau mengatakan seorang muslimah telah melihat insiden ini dalam mimpinya 2 minggu sebelum insiden ini terjadi. Ia melihat insiden ini seperti halaman buku yang diselak sehingga jelas dia melihat bangunan itu jatuh berkepingan. Pasti ia menjadi bahan menarik untuk ditulis dalam buku baru saya 2012. Sungguhpun akan ada yang sekptik dengan cerita semacam ini, saya kira wajar ia diketahui. Barangkali ia mimpi seorang mukminah yang solehah. Kita perlu melihat dari semua sudut ketika membicarakan fitnah akhir zaman khususnya menyangkut dengan fitnah Dajjal. Ada susur galur yang perlu difahami.

Buku 2012 Konspirasi Galaktik saya tidak memperincikan insiden 9/11 ini, insiden ini tidak lebih dari helah-’hoax’ yang dirancang dengan teliti (mudah-mudahan telahaan saya turut benar). Seumpama insiden serangan Pearl Horbour. Presiden Amerika sudah mengetahuinya. Bukan sekadar Presiden bahkan segolongan warga Yahudi yang berada di New York pada waktu kejadian.  Risikan dan kerajaan Amerika tahu akan petaka ini, persoalannya mengapa mereka membiarkannya berlaku? Fakta-fakta ini ada saya sentuh dalam karya 2012 Konspirasi Galaktik. Cukup untuk menimbulkan ‘curiosity’ kita semua.

Apa yang saya tulis dalam buku 2012 adalah insiden demi insiden selang 11 tahun 1991. Mainan angka oleh para konspirator. Angka bagi para konspirator adalah signifikan – memberi makna. Ketika kitab al Quran menyebut angka dalam beberapa kejadian sontohnya kejadian alam, kejadian manusia –  40 hari maka Dajjal dan para konspirator memilih beberapa angka juga sebagai memberi makna. 11 adalah angka horror. Saya tidak suruh sidang pembaca mempercayainya. Jangan salah faham, saya menyampaikan fakta dan muslihat para konspirator. Pada tahun 1990 Presiden Amerika George Bush mengisytiharkan gerakan dominasi dunia dengan tema New World Order, 11 tahun selepas itu terjadi insiden 9/11 2001. Dan 11 tahun dari tarikh 2001 adalah 2012. Apakah ini satu kebetulan?  walahu’alam. Ada fakta ini dalam buku 2012 Konspirasi Galaktik.

Serangan Pearl Hourbour pada 1940 mengejutkan dunia ketika Hitler berusaha menakluki Moscow Jepun berjaya melumpuhkan armada Laut Amerika yang gagah. Bermula dari saat itu dunia diistiharkan Perang – World War II. Perang Dunia adalah mimpi ngeri yang cuba dielakkan. Ketika pemimpin waras berusaha mencari damai pemimpin gila dan mabuk kuasa merancang aksi Perang Dunia III. Petaka ini sudah tertulis, hanya Allah yang mampu mengubahnya. Dalam karya 2012 Konspirasi Galaktik ada menampilkan sedikit fakta ini kemungkinan Perang Dunia III.

imagesCAK57RHAOleh kerana ia sesuatu yang tidak pasti kita tidak perlu panik, ia hanyalah hipothesis – andaian belaka. Cuma berwaspada sahaja ‘gelap langit’ dan mendung tidak semestinya hujan. Jika anda membaca 2012 Konspirasi galaktik ‘gelap langit’ dan mendung tanda ‘hujan’ ini saya tulis. Ironisnya ada hadis nabi yang belum pernah ditemukan disebut oleh Abu Hurairah menceritakan insiden Perang Akhir zaman! Satu yang mengejutkan. Ia sebuah hadis panjang yang tersipman di Khutub Khnnah Sitanbul. Sahih tidak carilah sendiri tak perlu berbalah ia bukan hadis hukum ia hadis akhir zaman, dan saya yakin ia dari nabi. Cuma perawinya dan darjat kesahihannya itu. Matan hadis ini saya titip dan nukilkan dalam karya saya.

Saya pernah duduk dalam satu sesi halaqah bersama seorang Tuan Guru, beliau seorang  Hafiz, seorang yang menekuni ilmu hadis dengan para ulama dengan jalan sanad dan alim dalam bidang fekah, satu soalan dari Imam Muda pelajar lulusan Mseir bertanya ketika kami sedang duduk makan selepas kuliah/halaqah – Apakah benar ustaz ada hadis yang belum pernah didedahakan pada umum tetapi ada, hanya menunggu saat dan masa untuk disampaikan. Kata Tuan guru itu tadi kata ada. Hadis itu tidak selamanya akan disimpan,  matannya akan didedahkan pada umum ketika saat ia hampir terjadi sesuai. Hadis itu akan disahkan nanti. Apakah hadis yang saya temui dan saya nukilkan dalam buku 2012 itu? Walahu’alam.. Bermula dengan kalam Abu Hrauiah ketika saat ajalnya, “ Jika aku sampaikan hadis ini nescaya kepala ku akan dipenggal dan jika aku menyimpannya bimbang dikatakan menyembunyikan kalam nabi saw… (ia ada dalam buku 2012: Konspirasi Galaktik)

Ramai yang kata tak sabar nak baca buku saya 2012 Konspirasi Galaktik. Mereka tidak tahu saya lebih tidak sabar melihat kemunculannya. Seksa dan senak persis seperti seorang ibu sarat mengandung (agaknya belum pernah rasa…) Cuma ketika saat akhir proses editing ketika penerbit semacam memberi lampu hijau untuk dicetak, saya katakan nanti ada satu lagi bahan yang perlu dikongsi. Maka saya menulis satu lagi bab dengan tajuk disebalik Ramalan-Propheices. Maka terbongkar lagi cerit-cerita naeh ramalan ahli nujum, kod misteri dan alchemist tentang 2012, turut termuat dalam 2012…

p/s: Apakah anda bisa menahan teruja menanti saat ia berada di pasaran… sila masukkan alamat mel anda dalam kotak listerners anda akan dipelawa membeli buku ini dengan kadar diskaun dan tanda tangan saya yang pastinya …

Post-post yang berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...