ORANG MELAYU LEMAH BUKAN KERANA TIDAK BERSATU TETAPI KERANA BERPECAH

1_malaysia

Cuaca di Kuala Lumpur indah, sinar mentari menjadi lembut apabila dibias awan gemawan yang rendah. Ada angin berhembus halus walaupun tengahari. Walau berada dalam hening mentari itu aku tetap cemas.  Cuaca politik negara masih tidak menentu suhunya terus meningkat tinggi – takat darjah yang boleh jadi panas melampau. Melihat langit-alam dengan manusia tidak pernah sama. Soalan dulu yang sudah terjawab ditanya lagi – apakah mungkin Pas dan UMNO bersatu. Biarkan Luncai terjun dengan Labu-labunya. Biarkan-biarkan.

Itulah kata punjangga aneh yang datang menerpa di benak sanubariku. Ketika aku memerhati mentari dan merasai lembutnya hembusan angin tengahari. Aku layan. Biarkan-biarkan…

ORANG MELAYU LEMAH BUKAN KERANA TIDAK BERSATU TETAPI KERANA BERPECAH. Bagai ada suara di balik cuping telinga. Apa perlu bersatu tapi pada hakikatnya berpecah, ada baiknya berpecah (berjauhan) tapi sebenarnya bersatu. Tidur satu bantal tidak semestinya punya mimpi yang sama. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Peribahasa yang tak tahu bila sesuai untuk digunapakai atau sudah luput tarikh penggunannya kerana – orang Melayu sudah lama tidak bersatu.

Hari ini mahu dicuba lagi proses Bersatu atas asas yang tak pasti. Entah sudah berapa kali. Ada yang sudah cuak dan muak (muntah-muntah dan berak tahi).  Katanya semua orang tahu cuma buat-buat tak tahu saja. Asas untuk bersatu itu perlu tapi bila orang politik yang berbicara ia sudah jadi cerita basi. Kisah nasi dingin yang mahu diperhangatkan.

Melayu kuat kerana berpegang pada prinsip agama, adat dan budaya. Bahkan suatu ketika dahulu adat dan budaya intinya adalah agama. Bukan seperti yang kita faham hari ini, gerak tari dan lengok pantun seloka.  Pujangga dulu pitar, alim lagi bistrai. Tidak dipaksa naluri Melayu menerima, tetapi dengan santun disusun dan diolah adat (yang sebetulnya a’dah) sebagai wahana agama.

Kita sudah kehilangan pujangga yang cerdik, alim lagi bistari. Ketika Melayu berpecah inilah kita amat memerlukan nasihat cendiakawan dan pendita seperti Dr. Burhanuddin Helmi atau Pendita Zaaba. Pujangga dan orang cerdik Malayu yang kita perlu, yang di dalam hati sanubarinya penuh dengan jiwa adalah agama. Bukan orang berjiwa politik, cinta bangsa tapi kering agama. Barangkali sudah tidak ada, sudah pupus tak berganti. sudah lenyap dan terus sepi.

Siasah. Nabi bersiasah bukan berpolitik (atau mainan istilah dan sematik)siasah nabi indah tak dicemar aksi kilas tangan atau pijak dan henyak atau kokok derai ekor penuh tahi. Politik hari ini senak dan kelabu. Peduli orang politik adalah pangkat, jawatan, habuan dan paling kurang politik orang yang katanya islami rebut kerusi. Nak kata jijik pun tak boleh kerana semua dah terpalit tahi ustaz, ulama’ (baru masuk ramai-ramai dalam UMNO) dan Tok Guru terpaksa ikut rentak ini – rentak berkubang dalam lumpur politik.

Politik paling busuk kroni dan share projek (siapa dapat @ berapa dapat). Justeru taklah salah kalau saya berpendapat siasah itu tak sama nature-nya dengan politik. Siasah lebih jernih dan maqasid syreyyaah menepati tujuan akhir. Sementalahan politik yang cuba dikaitakan maqasid syaeyyah kadang-kadang tak sampai ke hujung. Kandas di tengah jalan.

Sungguhpun masih ada yang cuba mempertahankan, namun akui saja hakikat bahawa politik adalah jejak denai ciptaan orientalis dan kapitalis yang terpakasa ditempuh.

Memang tidak enak kata-kata ini yang saya titip dari pujangga aneh. UMNO sudah diberi peluang untuk bersatu tapi sayang tak menghargai sehingga  mengkiahanti peluang yang terhidang – itulah kata orang yang sudah terkena. Makanya bukan salah siapa jangan di salah PAS yang tak nak bersatu salah awak juga mensia-siakan segala. Kata cerita Melayu klasik – Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. UMNO berpeluang menyelamat kan Melayu dulu bukan sekarang, sekarang kita kena tunggu Luncai atau Labu mana yang akan selamat…..

p/s: Artikel ini sudah lama ditulis, kita riuh UMNO dan PAS harus bersatu namun baru kini boleh di poskan.

Post-post yang berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

*
= 3 + 4