2012 tetap akan tiba. Sama ada anda penunggu setia atau sebaliknya. Itu tahunnya tapi saya bicara soal buku saya. Sebuah buku info misteri sarat dengan maklumat berserta hujah agama. Katanya sudah menunggu hari, hanya menunggu ‘air ketuban’ pecah. Saya sudah bersedia lama kain lampin, kereta ambulan bahkan sudah menempah mak bidan kalau-kalau semua tak menjadi. Sudah berapa kali saya bawa ke wad kecemasan – mendaftar nama tanda bersedia, tapi apakan daya kalau belum ketentuan – ia tetap tidak menjadi ‘baby’.
Itulah derita menunggu kelahiran ‘baby’ ke-2. Sudah saya belai dan usap dengan penuh kasih sayang, tapi tetap tidak terjadi jika Allah tidak mengizinkan. Ya, soal teknik dan cara, strategi dan gaya segala sudah saya ambilkira; barangkali masih ada yang lompong. Namun, tetap saja saya gagah – tidak melatah. Kalau nak ikutkan hati sudah ku ratah jantung dan hati mereka yang berjanji-janji. Tapi saya bukan sahaja seorang penulis dalam masa yang sama saya adalah seorang usahawan. Saya perlu punya ‘right mind set’. Saya belajar dari kesilapan. Seperti Thomas Edison yang entah berapa kali gagal namun dia tidak melihat kegagalannya dia hanya melihat pelajaran dari semua itu. Jika seorang yang tidak punya tauhid bersikap demikian apa lagi saya yang punya Allah dan Rasulullah. Nabi adalah sumber kasih sayang – saya melihat segalanya dengan cinta.
Buku 2012 adalah terlalu istimewa. Akan memecah panggung kalayak (meminjam idea dan kata Dr. Rozmi yang aneh). Ya, semua orang akan terkejut, ahli bomba, pasukan polis, Melayu, India, Cina dan Serani semuanya akan bersatu, berbondong-bondong meyerbu toko-toko buku mencari mana buku 2012: Sebuah Konspirasi Galaktik. (demikian saya berjenaka menghiburkan hati yang luka).
Tapi aneh ya, macam mana Dr. Rozmy boleh bertindak demikian – pecah panggung RM40 juta. Sungguh dia cuba membina impian melalui kata-kata dan kenyataan afirmasi. Sebuah aksi memuakau jutaan rakyat Malaysia melalui minda bawa sedar. Teknik ini saya faham dan mungkin akan saya huraikan nanti.
Justeru, saya sudah membuat pusingan U. Sejak semalam lagi. Berpatah arang kberkerat rotan dengan penerbit dan pencetak. Mungkin tidak, inilah dunia perniagaan. Saya berdiri tegar sebagai seorang ushawan. Membina selangkah kehadapan – bukan berundur ke belakang. Saya menulis buku dengan judul lain genre kreatif novel dengan tema misteri. Menulis buku motivasi super yang penuh rahsia dalam pembikinan. Ya, orang Melayu suka amat cerita misteri, pelik dan aneh. (Sebab itu masih ada yang menunggu Ayah Pin walaupun sesat). Sebuah percubaan peribadi, sebuah kembara penuh misteri. Saya tidak tahu apa bentuk ranjau di hadapan. namuns aya sudah boleh menjangka sedikit busut dan lembah yang barangkali menanti. Saya sudah bersedia setelah menempuh pengalaman ini, ia banyak mengajar saya. Saya mengharagi setiap detik kesusahan, rintangan dan cabaran. Ia akan menjadikan saya ‘penulis agung’ – insha Allah.

