Ketika saya mencari misteri dan kisah aneh dunia banyak yang saya temui. Selain kisah alien & UFO yang ada cerita disebaliknya, saya temui kalimah misteri ini.
Makna lain disebalik FREEMASON dan FREEDOM.
Kedua-dua menggunakan kata hadapan yang sama iaitu FREE bermakna kebebasan atau boleh juga dimaknakan ‘membebaskan’. Siapa si cerdik yang mencipta kalimah ini menjadi tanda tanya? kerana pada hakikatnya jika anda cerdik juga dan memerhati dengan teliti kalimah ini mempunyai 2 makna. Ayuh mari kita bahas secara simple logik.
FREEDOM mempunyai maksud yang khusus iaitu ‘kebebasan’ atau diertikan sebagai satu istilah yang menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri. Seseorang yang berpegang kepada fahaman individualisme dan liberalisme menerima kebebasan sebagai ketiadaan paksaan atau ugutan luar. (dipetik dari Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan. Sementara dalam Bahasa Inggeris ia dimaksudkan dengan makna yang sama;
- The condition of being free of restraints.
- Liberty of the person from slavery, detention, or oppression.
Freedom is a concept for which many people have fought and millions have been sacrificed since the beginning of human history. I have many times wondered about what we mean when we say that someone is free.
Keanehan ini bermula apabila kalimah ini dipisahkan menjadi FREE DOM. Pada satu ketika ia seolah-olah perkataan biasa tetapi cuba ditambah huruf E dihujung DOM menjadi DOME. Maka kelihatan ia menjadi satu makna kata yang mendebarkan FREE (the) DOME. Saya tambah ayat ini menjadi satu FREE the DOME of the ROCK. Bermaksud satu saranan (mesej) secara tersembunyi yang cuba disampaikan sejak dari dulu hingga sekarang dari satu generasi (rahsia) ke satu generasi yang lain bahawa DOME of the ROCK atau AL Quds mesti dibebaskan! Ya dibebaskan dari umat Islam sebagai tapak persediaan istana dan pusat pemerintahan RAJA Yang Ditunggu?!!!
Ya, benar ia hanyalah telahaan peribadi. Satu cetusan nurani sahaja. Ketika saya memerhati langit sambil di tangan saya memegang buku FREEMASON. Freemason bukanlah kisah baru ribuan bahkan jutaan entri dipaparkan dalam laman web dan FB. Saya lebih selesa membaca buku dari mengikuti perbahasan Freemason dalam internet kerana ia amat memeningkan. Kalimah Freemason sebetulnya ditulis FREE MASON. Ia merujuk pada pertubuhan persaudaraan penuh rahsia yang mempunyai sejarah sehingga sampai ke zaman nabi Sulaiman (King Solomon). Mason yang disebut dalam kalimah ini merujuk pada jurubina atau tukang batu yang membina istana King Solomon. Namun kisah, sejarah dan falsafah Freemason tidaklah seringkas ini percaya atau tidak, jika dibicarakan bukunya boleh menjangkau hingga 30 volume. Bayangkan dari zaman nabi Sulaiman merentas zaman Dajjal hingga Rostchilds sampai ke era kemunculan Imam Mahdi gerakan Freemason punya peranan yang tersendiri. Oleh kerana rumit dan sulitnya Freemasonary maka tidak ada seorang pun layak untuk mengatakan dia tahu segala-galanya tentang Freemasonary, kecuali mereka yang terlibat menjadi ahli dan sampai ke tingkat 33 degree. Jika saya menulis tentang Freemason sekalipun ia bukan versi yang asli, penulisan dan bicara dalam laman web dan FB hanya kerja yang memenatkan minda sahaja (lebih baik dari buang masa). Jika anda bukan ahli Freemason dan menulis tentang Freemason 10 peratus yang anda tulis adalah fakta, 20 peratus adalah sejarah dan selebihnya adalah ‘nonsense’.
Apa yang saya tulis bukan fakta dan bukan juga sejarah barangkali nonsense – makna lain bagi FREE MASON adalah FREE MA SON. Yang membawa maksud “gerakan membebaskan ANAK TUHAN”. MA dalam istilah tamadun purba merujuk kepada makna TUHAN. Apakah ini sebuah gerakan yang sedang menyediakan kehadiran ANAK TUHAN a.k.a DAJJAL [.]
Wallahualam, kita sedang berada di akhir zaman.

