APA SELEPAS 2012?

arrivalsbanner copy

Terakhir saya berada di MPH Mid valley sekali lagi, pada 16hb. April. Kupasan buku 2012 saya di pentas MPH. Sebelum itu saya berforum di UiTm Shah Alam dan semua bertanya. Apa selepas 2012?

Is it going to be end of the world? I said Yes! with a strong affirmation. Most of them shocked, panic & almost histeira. I cannot help it, it is a fact – for those who actually that year will be the last day for them to stay in this very world, I  mean when it is your time – the ajal comes, surely you have to go… after that the audience come back to normal. Itulah senario pembentangan saya di UIA dulu. Semua bertanya dan semua ingin tahu. Namun topik 2012 sudah agak usai. Takat darjah kebimbangan sudah reda (walaupun belum tiba lagi). Jualan buku juga agak perlahan – kata petugas MPH macam ikut musim (saya terbayang durian). Setakat ini kata mereka duduk ranking top 10 – no.7.

Maka soalan seterusnya yang ditanya kepada saya, apa akan saya tulis selepas ini. Buku apa? Mereka semacam tak sabar menunggu? (mereka tak tahu saya juga tak sabar menanti ilham dan ide baru). Jenuh berusaha memunculkan ilham dan  beharap nurani saya akan berkata sesuatu.

Sebelum saya berterus terang dan membuat pengumuman ini. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyokong karya saya – membeli & membaca karya saya dengan penuh sabar. Kerana saya tahu tulisan saya adalah sebuah karya yang berat. Namun saya teruja apabila mengetahui ada pembaca yang menghabiskan buku ini dalam tempoh 5 hari (terima kasih pak cik Hamid – suara Islam radio RTM).

Ada dalam para dan artikel blog yang saya sudah lupa tarikh tulisannya, saya menyebut bahawa trilogi buku ini dalam pembikinan – sebuah kompilasi travelog fitnah Dajjal sedang disiapkan. Bertajuk Di sebalik The Arrival. Saya sudah bercakap dengan penerbit konsep dan jalan ceritanya  sudah dipersetujui. Untuk peminat buku ini tentu sudah tak sabar lagi apath lagi mereka yang mengikuti siri Youtube The Arrival dan terkini Phase3 ( http://www.thearrivals.blogspot.com/). Ya, itulah yang akan saya kupas. Pertama barangkali, penulisan cemacam itu di Alam Melayu. (minta maaf terpaksa bagi kredit diri – maaf saya perasan diri ini hebat, saya terpaksa) inilah cara saya menulis saya buat reverse psikologi. Untuk menulis buku yang hebat kita kena jadi hebat. Itulah affirmation saya.

Ia adalah kisah twist n turn tentang kehadiran 3 sosok yang sering diperkatakan Imam Mahdi, Nabi Isa (Jesus) dan Dajjal (anti-Christ) – di bawah tema Messiah dan the Saviour. Saya sudah sentuh sebetulnya dalam buku saya 2012 – sedikit tentang Imam Mahdi. Tetapi dalam versi The Arrival ia ditampilkan dalam bentuk mesej tersembunyi – yang barangkali saya perasan sorang-sorang.  Maka saya tulis-  untuk tidak syok sendiri. Saya cuba cherita… Kisah Lord of the Rings plot by plot ia adalah sebuah epik aneh, misteri dan berbahaya. Mengapa saya cherita dalam buku saya. For the first time saya ungkap kisah UFO dari kacamata saya dan sudut pandang agama. Kisah pertarungan akhir dan sengit 2 bangsa dan agama untuk merebut masjidil aqsa- saya tulis adalam salju di al Quds.

Jadi anda dipelawa untuk terlibat sama dalam pembikinan buku ini hantarkan ide anda, pendapat anda, conern anda, kebimbangan anda, maklumat yang anda ada, untuk dikonsikan dalam buku ini Disebalik The arrival. Apakah anda mahu berkarya bersama saya? Hantar di laman ini dalam ruangan komen atau face book saya Mohd Khalid Yahya atau nuranimaarif@gmail.com.

KENAPA SAYA KE PESTA BUKU 2011

Ibarat pesta yang dimeriahkan dengan segala macam kitab, ibarat gedung yang dihimpunkan segala macam buku. Di sana nanti akan berhimpun semua jenis penerbit, segala macam penulis, segala ragam pembaca, segala bentuk penggiat karya – akan berada di sana. Dihimpun sekali dalam satu lokasi di WTC (tambahkan aje Putra didepannya). Nanti akan kelihatan mereka yang mundar mandir mencari, ada yang pasti ada yang tak pasti – apa yang dicari. Namun mereka tetap bahagia. Kepuasan berada di gerai-gerai buku, berhenti dan berjalan lagi kemudian berhenti lagi. Anda akan menemui fenomena dan senario ini. Mereka tidak akan peduli, pasti akan tekun membaca tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Asyik dalam meneliti baris-baris kata. Jika jemu dan cemuh mereka akan kembali ke dunia realiti. Bukan selalu anda akan melihat susana ini di Pesta Buku. Ada yang hadir kerana penulis, ada yang hadir kerana penerbit, ada yang hadir kerana kulit buku! dan ada yang hadir memang sudah dikenal sebagai ulat buku sejak dari dulu. Bahkan ada yang hadir kerana dijemput, ada yang hadir kerana ikut-ikut, ada yang hadir kerana teman tapi mesra. Mengekor dan menurut ibarat sepasang itik serati. Macam-macam, tapi percayalah survey ini tidak pernah dibuat kalau ada pun saya tidak pernah melihatnya, sekadar congak pun boleh jadi betul.

Pesta Buku di PWTC. Datang jangan tak datang! Kalau bukan anda yang mencintai buku siapa lagi. Kalau anda tidak menjadi pencinta buku tentu anda adalah pencinta wanita – maka hadirlah. Tunjukkan anda mencintai buku kepada orang yang anda cintai tentu anda akan dihargai – percayalah. Datang ke Pesta Buku, ibarat datang berkunjung ke pesta hiburan, jomlah heboh!  bawa kaum keluarga sanak saudara ke Pesta Buku.

22 April hingga 1 Mei. Lama tu, satu tempoh panjang untuk semua penggiat buku berkampung. Makan dan tidur berbantalkan buku, percayalah – itulah yang akan dilalui oleh petugas kedai buku. 10 hari 10 malam. Jarang berlaku, katanya penerbit antrabangsa akan hadir. Jangan terlepas dan jangan melepas. Simpan duit, masa itu harga buku diberi diskaun dan pembeli diberi keistimewaan, kadang-kadang beli 1 dapat 2, kadang-kadang tak beli pun dapat cenderamata. Mana tahu dapat beg free, dapat penanda buku, dapat belon! Anda bertuah kalau ada cabutan bertuah . Sekadar lalu aje, disapa, ditawar macam-macam.

Maka saya melihat ke dalam diri, mencari sebab terkuat kenapa saya harus ke sana, ya; jawabnya mudah  saya seorang penulis. Mencari bahan, mencari idea, mencari sumber, mencari  rujukan, mencari kenalan, mencari peluang, mencari kekuatan dan mencari kelainan. Semua itu ada. Namun ketahuilah ada yang lebih istimewa – saya menunggu kehadiran penulis ikon saya Andrea Hirata. Serasa bahagia jika dapat duduk mendengar buah kata teman karya saya dari Pulau Belitong ini. Takjub saya membaca sentuhan karyanya – kisah orang Melayu di negeri Indonesia, kisah kesusahan dan kepayahan. Kisah kejayaan. Ditulis dengan indah dalam karya Laskar Pelangi. Karyanya memukau saya. Apatah lagi filemnya membuatkan saya menangis. Jarang saya menangis menonton filem kecuali filem Hindi (lakonan Shashi Kapoor). Dia dijangka hadir bersama karya terbaru Dwilogi Padang Bulan. saya mengharapkan dia hadir. Dan dia dijangka akan hadir, dibawa langsung dari Indonesia. Baca Andrea Hirata Di Malaysia dan link PTS ini. Kalau jadi saya akan ke sana melihat wajah penulis ini dari dekat.

pts-com-my-download-news-04-andrea_hirata_020_(custom)-237x356

nota : Dalam perjalanan saya ke kota London, dalam perut pesawat saya membaca novel  Maryamah Karpov dari situ saya mendapat maklumat betapa sukar berpuasa di Eropah kerana masa siangnya panjang. Ketika dalam perjalanan ke Stansted airport saya sedang berpuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...