KENAPA SAYA KE PESTA BUKU 2011

Ibarat pesta yang dimeriahkan dengan segala macam kitab, ibarat gedung yang dihimpunkan segala macam buku. Di sana nanti akan berhimpun semua jenis penerbit, segala macam penulis, segala ragam pembaca, segala bentuk penggiat karya – akan berada di sana. Dihimpun sekali dalam satu lokasi di WTC (tambahkan aje Putra didepannya). Nanti akan kelihatan mereka yang mundar mandir mencari, ada yang pasti ada yang tak pasti – apa yang dicari. Namun mereka tetap bahagia. Kepuasan berada di gerai-gerai buku, berhenti dan berjalan lagi kemudian berhenti lagi. Anda akan menemui fenomena dan senario ini. Mereka tidak akan peduli, pasti akan tekun membaca tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Asyik dalam meneliti baris-baris kata. Jika jemu dan cemuh mereka akan kembali ke dunia realiti. Bukan selalu anda akan melihat susana ini di Pesta Buku. Ada yang hadir kerana penulis, ada yang hadir kerana penerbit, ada yang hadir kerana kulit buku! dan ada yang hadir memang sudah dikenal sebagai ulat buku sejak dari dulu. Bahkan ada yang hadir kerana dijemput, ada yang hadir kerana ikut-ikut, ada yang hadir kerana teman tapi mesra. Mengekor dan menurut ibarat sepasang itik serati. Macam-macam, tapi percayalah survey ini tidak pernah dibuat kalau ada pun saya tidak pernah melihatnya, sekadar congak pun boleh jadi betul.

Pesta Buku di PWTC. Datang jangan tak datang! Kalau bukan anda yang mencintai buku siapa lagi. Kalau anda tidak menjadi pencinta buku tentu anda adalah pencinta wanita – maka hadirlah. Tunjukkan anda mencintai buku kepada orang yang anda cintai tentu anda akan dihargai – percayalah. Datang ke Pesta Buku, ibarat datang berkunjung ke pesta hiburan, jomlah heboh!  bawa kaum keluarga sanak saudara ke Pesta Buku.

22 April hingga 1 Mei. Lama tu, satu tempoh panjang untuk semua penggiat buku berkampung. Makan dan tidur berbantalkan buku, percayalah – itulah yang akan dilalui oleh petugas kedai buku. 10 hari 10 malam. Jarang berlaku, katanya penerbit antrabangsa akan hadir. Jangan terlepas dan jangan melepas. Simpan duit, masa itu harga buku diberi diskaun dan pembeli diberi keistimewaan, kadang-kadang beli 1 dapat 2, kadang-kadang tak beli pun dapat cenderamata. Mana tahu dapat beg free, dapat penanda buku, dapat belon! Anda bertuah kalau ada cabutan bertuah . Sekadar lalu aje, disapa, ditawar macam-macam.

Maka saya melihat ke dalam diri, mencari sebab terkuat kenapa saya harus ke sana, ya; jawabnya mudah  saya seorang penulis. Mencari bahan, mencari idea, mencari sumber, mencari  rujukan, mencari kenalan, mencari peluang, mencari kekuatan dan mencari kelainan. Semua itu ada. Namun ketahuilah ada yang lebih istimewa – saya menunggu kehadiran penulis ikon saya Andrea Hirata. Serasa bahagia jika dapat duduk mendengar buah kata teman karya saya dari Pulau Belitong ini. Takjub saya membaca sentuhan karyanya – kisah orang Melayu di negeri Indonesia, kisah kesusahan dan kepayahan. Kisah kejayaan. Ditulis dengan indah dalam karya Laskar Pelangi. Karyanya memukau saya. Apatah lagi filemnya membuatkan saya menangis. Jarang saya menangis menonton filem kecuali filem Hindi (lakonan Shashi Kapoor). Dia dijangka hadir bersama karya terbaru Dwilogi Padang Bulan. saya mengharapkan dia hadir. Dan dia dijangka akan hadir, dibawa langsung dari Indonesia. Baca Andrea Hirata Di Malaysia dan link PTS ini. Kalau jadi saya akan ke sana melihat wajah penulis ini dari dekat.

pts-com-my-download-news-04-andrea_hirata_020_(custom)-237x356

nota : Dalam perjalanan saya ke kota London, dalam perut pesawat saya membaca novel  Maryamah Karpov dari situ saya mendapat maklumat betapa sukar berpuasa di Eropah kerana masa siangnya panjang. Ketika dalam perjalanan ke Stansted airport saya sedang berpuasa.

Post-post yang berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

*
= 3 + 2