Terakhir saya berada di MPH Mid valley sekali lagi, pada 16hb. April. Kupasan buku 2012 saya di pentas MPH. Sebelum itu saya berforum di UiTm Shah Alam dan semua bertanya. Apa selepas 2012?
Is it going to be end of the world? I said Yes! with a strong affirmation. Most of them shocked, panic & almost histeira. I cannot help it, it is a fact – for those who actually that year will be the last day for them to stay in this very world, I mean when it is your time – the ajal comes, surely you have to go… after that the audience come back to normal. Itulah senario pembentangan saya di UIA dulu. Semua bertanya dan semua ingin tahu. Namun topik 2012 sudah agak usai. Takat darjah kebimbangan sudah reda (walaupun belum tiba lagi). Jualan buku juga agak perlahan – kata petugas MPH macam ikut musim (saya terbayang durian). Setakat ini kata mereka duduk ranking top 10 – no.7.
Maka soalan seterusnya yang ditanya kepada saya, apa akan saya tulis selepas ini. Buku apa? Mereka semacam tak sabar menunggu? (mereka tak tahu saya juga tak sabar menanti ilham dan ide baru). Jenuh berusaha memunculkan ilham dan beharap nurani saya akan berkata sesuatu.
Sebelum saya berterus terang dan membuat pengumuman ini. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyokong karya saya – membeli & membaca karya saya dengan penuh sabar. Kerana saya tahu tulisan saya adalah sebuah karya yang berat. Namun saya teruja apabila mengetahui ada pembaca yang menghabiskan buku ini dalam tempoh 5 hari (terima kasih pak cik Hamid – suara Islam radio RTM).
Ada dalam para dan artikel blog yang saya sudah lupa tarikh tulisannya, saya menyebut bahawa trilogi buku ini dalam pembikinan – sebuah kompilasi travelog fitnah Dajjal sedang disiapkan. Bertajuk Di sebalik The Arrival. Saya sudah bercakap dengan penerbit konsep dan jalan ceritanya sudah dipersetujui. Untuk peminat buku ini tentu sudah tak sabar lagi apath lagi mereka yang mengikuti siri Youtube The Arrival dan terkini Phase3 ( http://www.thearrivals.blogspot.com/). Ya, itulah yang akan saya kupas. Pertama barangkali, penulisan cemacam itu di Alam Melayu. (minta maaf terpaksa bagi kredit diri – maaf saya perasan diri ini hebat, saya terpaksa) inilah cara saya menulis saya buat reverse psikologi. Untuk menulis buku yang hebat kita kena jadi hebat. Itulah affirmation saya.
Ia adalah kisah twist n turn tentang kehadiran 3 sosok yang sering diperkatakan Imam Mahdi, Nabi Isa (Jesus) dan Dajjal (anti-Christ) – di bawah tema Messiah dan the Saviour. Saya sudah sentuh sebetulnya dalam buku saya 2012 – sedikit tentang Imam Mahdi. Tetapi dalam versi The Arrival ia ditampilkan dalam bentuk mesej tersembunyi – yang barangkali saya perasan sorang-sorang. Maka saya tulis- untuk tidak syok sendiri. Saya cuba cherita… Kisah Lord of the Rings plot by plot ia adalah sebuah epik aneh, misteri dan berbahaya. Mengapa saya cherita dalam buku saya. For the first time saya ungkap kisah UFO dari kacamata saya dan sudut pandang agama. Kisah pertarungan akhir dan sengit 2 bangsa dan agama untuk merebut masjidil aqsa- saya tulis adalam salju di al Quds.
Jadi anda dipelawa untuk terlibat sama dalam pembikinan buku ini hantarkan ide anda, pendapat anda, conern anda, kebimbangan anda, maklumat yang anda ada, untuk dikonsikan dalam buku ini Disebalik The arrival. Apakah anda mahu berkarya bersama saya? Hantar di laman ini dalam ruangan komen atau face book saya Mohd Khalid Yahya atau nuranimaarif@gmail.com.
