Saya pernah pergi ke Switzerland, Jungfrau; tapi keindahan Kashmir berbeza. Ketika saya bertanya pada pemandu pelancong kami Mr. Faruq kenapa Kashmir istimewa katanya Kashmir adalah asli. Keindahan Swiss sebenarnya artificial – pembikinan dan dibuat-buat. Pada awalnya saya tidak percaya, melihatkan keadaan airport yang penuh sampah, jalan berdebu dan trafik yang ‘macet’ (bingit dengan bunyi hon yang tidak perlu) saya fikir ini semua ‘indah khabar dari rupa’. Suasananya memang nyaman dan suhunya memang sejuk. Tengahari suhu panas hanya berparas 18 darjah Celsius, malam dan awal pagi suhu sesejuk 10 darjah Celcius kadang-kadang lebih sejuk dari itu. Itu adalah ciri awal negara indah ini.
Kami berada 5 hari di Jammu Kashmir, menginap di Khyber Houseboat di sebuah tasik besar. Ia sebuah perkampungan rumah air yang terapung. Unik dan menjemput damai di hati. Sebuah pengalaman yang mengasyikan. Tidak pernah sekali dalam hidup saya akan menikmtai pengalaman semacam ini lagi. Berkayuh sampan dan melihat matahari terbit sambil duduk di verandah dilingkungi air tasik. Pagi, petang dan malam menghadiahkan pemandangan yang berbeza.
Tasik itu namanya Dal Lake sebuah tasik yang terbentuk dari lelehan air glacier satu ketika dahulu. Dan yang menakjubkan tasik ini dikepung oleh gunung-gunhung indah termasuk banjaran gunung Himalaya. Kemana saja anda mengalih pandangan nescaya di sana ada pemandangan gunung, jika and abernasib baik anda akan dapat melihat cap mountain yang diliputi salji. Udara di sini sesegar udara gunung, sekali anda menghirup sekali itu dapat merasa keaslian O2. Kicauan burung pagi dan bunyi teriakan bangau puith – erget membentuk emosi damai yang tidak pernah dirasakan. Melihat betapa sabarnya sang burung menanti rezeki untuk menangguk anak ikan yang alpa mencari makan di permukaan. Sungguh dramatic, benar anda tidak akan jemu bersila di verandah. Sesekali akan kedengaran bunyi air mericik dikoyak pendaaung sampan. Choopa itulah gelaran bagi pendayaung sampan. Seorang tua kashmiri menuju pasar terapung arah utara tasik, membeli sayur dan ayam untuk makan tengahari barangkali. Ikan merupakan makanan mewah berbanding ayam dan kambing. Daging kambing yang eksotik pada kita orang Melayu adlah makanan biasa pada mereka. Perlahan situa choopa berdayung membentuk aur panjang di belakang perahunya. Indah sekali.
Semua itu pengalaman baru bagi saya, hanya sekelumit membentuk rasa baru di bumi Kashmir. Rupanya ada lagi rahsia indah yang tersembunyi. Di balik gunung dan di lembah desa ada padang rumput nan indah, ada bunga tumbuh meliar dan ada air sungai yang mengalir tenang – mencorak desa Kashmir. Ia bagai lukisan alam yang tak terungkap. 3 tempat yang wajib diziarahi pahalgam, gulmarg dan sonamarg. Semuanya cantik. Di sinilah anda akan melihat keasliannya. Menikmtai pemandangan luarbiasa, indah seolah lukisan. Gunung-ganang, hampran padi yang menjadi beras basmati, hamparan pohon renek berbunga, pokok pine bagai ditanam berbaris-baris; inilah kebesaraan tuhan sebuah lukisan alam yang menakjubkan. Sungguh Allah Maha Pengihas, Dialah al MUSAWIR seperti yang kita alunkan dalam asma ul husna.
Saya terpaku. Takjub dan akur, rohani saya berkata jika inilah syurga apakah aku layak memilikinya? Sebuah negeri yang indah, dengan suhu yang nyaman, dengan kekayaan sumber yang tidak terbatas. Engkau jadikan Kashmir sebagai cerminan syurgawi, agar manusia bias melihat betapa indah kehidupan di sana nanti. Ini hanyalah 1 bahgaian dari 99 bahagian yang Engaku sembunyikan- subhanalLah. Air mata aku bergenang mengenangkan kebesaran Tuhan betapa Allah itu Rahman dan Rahim.
SWISS vs KASHMIR
Kenapa saya katakan ia tidak serupa dengan Swiss, kerana bumi ini disirami dengan kalimah tauhid. Dengan azan dan selawat, dengan solat dan zikir. Alunan ini bergema tanpa henti. Dicorong dan di atas perahu situa choopa. Mereka sentiasa berzikir. Wajah redup penghuninya menjadikan anda salam anda bersambut senyum; mereka bagai saudara serumpun. Sayang mereka mengharap kita orang Islam datang berkunjung ke sana membangun ekonomi mereka yang mundur. Kenapa saya katakan demikian sumber ekonomi mereka saya jangka – pelancongan. Walau kaya dengan sumber alam tetapi dapat saya rasakan semuanya habis dikaut kerajaan India. Justeru hasil segera yang boleh sampai langsung ketangan keluarga adalah pelancongan. Kita bermuamalat langsung dengan mereka. Dan jika anda berada di sana anda akan lihat lebih ramai pelancong India datang ke sana; sesekali kelihatan pelancong Eropah. Pelancong Islam jarang kelihatan. Ketika melawat Taj Mahal saya bertemu seorang pelancong Muslim dari UK, saya sebut kami baru pulang dari Kashmir katanya kami ingin sangat ke sana tapi bimbang keselamtan kami. Kami diberitahu jika kami masih mahu ke san akerajaan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu. Inilah gimmick kyang dicipta. Justeru penjual dan pendayung choopa itu bergantung pada orang Hindu yang berkunjung. Sungguhpun mereka dalam satu negara tapi citarasanya tidak sama. Mereka merasakan rezeki mereka dikokong dan dikawal oleh orang yang tidak seagama dengan mereka. Mereka sanggup menawar harga lebih murah dan barang lebih indah jika yang datang berkunjung adalah orang Islam. We love Malaysian people, you are our brothers.
Makan
Ketika anda makan di houseboat anda akan dilayan oleh seorang pakcik (saya sudah lupa istilahnya) anda berasa seperti si kolonial Inggeris makan bersarapan. Persis Sir Hugh Low makan di meja, pakcik tadi akan menunggu dan bertanya: anything else sir, some more rice sir, more chicken, can I help you, yes please, agaknya begini mereka melayan penajajah Inggeris dahulu. Lamunan itu saya biarkan pergi. Menariknya di sini, anda boleh masak sendiri; Ya! di houseboat ini. Atas permintaan mereka akan membenarkan. Memanglah bercuti bermaksud tak perlu masak lagi, maklan apa yang terhidang – tapi kalau hari-hari asyik kari naik ‘sekat tekak’ kita. Apa lagi isteri dan abang ipar saya orang Kelantan mana boleh pergi dengan kuah kari dan dal ‘ajer’. Bekalan sardine pun dah habis – maka bermulalah aksi mereka masak ayam berempah dan sayur air campur telur dadar. Saya tumpang sekaki jer
Amalan Kerohanian
Amalan agama dan penghayatan kerohanian adalah satu yang ajaib di Kashmir. Kebanyakan bahkan hampir semua wanita mereka menjaga aurat. Masih pemalu dan menjaga adab. Jam 7 malam wanita tidak seharusnya berada di luar rumah. Tepat masuk waktu akan kedengaran azan bersahut-sahutan. Subuh, maghrib dan isyak ada akan mendengar alunan zikir, selawat dan wirid yang panjang. Usai solat subuh aka nada zikir asma ulhusna dan (semacam zikir) al maathurat di baca sehingga terang hari (ketika matahari hampir terbit). Sungguh ajaib mereka melakukannya secara berjamaah. Dinegara ini tidak ada pengemis berlainan ketika saya berada di Delhi dan Agra, budak-budak yang berpakaian camping dan tidak terurus akan berlari mendapatkan anda, meminta apa saja yang berharga. Kalau diberi chewing gum sekali pun mereka akan berebut. Lain di Kashmir walau kelihatn miskin mereka akan berusaha membantu sesame mereka. Oleh kerana itu kami tidak lokkek memberi dan membeli. Kami tahu duit ini akan tercurah balik kepada saudara seagama.
Empayar Mughal, Sekolah Sufi & Kehadiran Sultan Al Auliya Di Kashmir
Empayar mughal tidak hanya terkenal di Agra malah di sini di Kashmir, raja mughal yang masyhur adalah yang membina taman Nishat dan istana di tepi tasik Dal, belaiu adalah Jahangir. Bersama adik iparnya Asif Khan di membina untuk isterinya Nur Jehan. Sebuah taman indah dibina berdepan dengan pemandangn sebuah masjid batu mamar persis Taj Mahal. Masjid Hazratbal, sebuah masjid yang istimewa disitu tersimpan beberapa helai rambut baginda Nabi saw. Helaian rambut ini dibawa semasa zaman pemerintahan Aurangzeb 1699. helaian rambut ini disimpan betul dengan kubah mihrab imam. Ditingkat satu. Saya sempat solat di ruang utama masjid, dan berselawat ke atas banginda nabi saw, hati saya tersentuh terasa bagai baginda nabi berada di sini. Sungguh DNA baginda berada di sini. Ia hanya akan dipamer pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Dalam temubual dengan penduduk setempat ada banyak kisah ajaib yang tersimpan di sini. Saya Berjaya mencungkil sebahagian darinya. Di sini rupanya tempat melahirkan ramai para sufi dan berkampung para sufi agung, banyak ‘dargh’ isitlah sekolah sufi menurut bahasa Kashmiri. Di sini masyhur tariqa Naqsyabadi dan Chistiya. Barangkali di sini ada karamoh dan barakoh para kekasih Allah keran adisini ada jejaknya. Anratanya sufi makhdoom shahab sufi di hari parabat, Mulla Shah, Sayyid Bulbul Shah, Sayyid Ali Hamdani, and Mir Mohammad Hamdani, Khwaja Nur-ud-Din Walli . Di Khanyar, sultan para wali pernah sampai ke sini dan membina dagrah para sufi; di sanalah terdapat makam (tempat solat kerana makam kuburannya berada di Baghdad) sultanul awliyya Sheikh Abdul Qadir Jailani. Cerita cerita urban inilah menjadikan Kashmir brwarna warni. Anda akan faham kenapa mereka kuat berpegang dengan agama khusunya ahlul sunnah wal jamaah.
Disebalik keindahan Kashmir
Apa yang tidak indah di Kashmir, sikap orang Kashmir yang tidak berpendidikan, typical India – miskin dan tiada pendedahan. (1) Mereka tidak peduli dengan kebersihan, walaupun diajar dalam agama tetapi barangkali selesa dengan budaya mereka. Sedih juga lihat keindahan alam dicemari. (2) Berjual beli dengan mereka anda harus bijak dan pantas menawar harga – tawaran harus berlaku serendah ¼ dari harga awal. Buat-buat macam tak beli akhirnya dia akan bagi juga harga yang anda minta. Orang Kashmir bijak berniaga sebiji macam orang Pakistan jual karpet kat Malaysia manis mulut dan bijak memikat pembeli. You just look first mam, you don’t have to buy? Please you can see, Price don’t worry color we have so many? You will give good price. Itulah antara skirpnya
(3) Orang Kashmir dan Hindi suka sangat minta tips, pada mereka tips adalah bayaran yang wajar. Jika anda dengar mereka berkata “… are you happy sir” maka berhti-hatilah, bersiap-siaplah dengan wang rupee anda! Panduan membayar tips – untuk tukang angkat barang dan memberi khidmat biasanya Ruppe 10 sudah memadai mereka akan happy tapi kalau pemadnu pelancong mesti bayar Rupee 100 dan ke atas – kalau tidak awas dia kata kita teruk sangat. (4) Saya muntah di jalanraya, driving experience yang teruk jalan di Kashmir ya Allah tuhan saja yang tahu dan cara pemanduan subhanallah kalah Schumacher . Konar dan potong ikut suka dia orang ajer! Akibatnyanya aku muntah di belakang trak land rover. Inilah yang buat markah perjalanan Kashmir jatuh. (5) Toilet jangan cerita bauh dan kebersihan out. Hampir sama, Kashmiri bebas membuang air di tembok-tembok yang bagusnya mereka “kencing duduk!” (6) Anjing dan tentera India ada di mana-mana, hairan macam mana banyak anjing anda akan bingung pada awalnya. Rupanya memang senagja tentera India datang bersama anjing-anjing belaan mereka. Melihatkan ramainya tentera India rasa macam berada di zon peang. (7) Yang paling worst dan menyebabkan rakan tour saya bengang adalah security check-nya. Di airptot lebih 5 kali kami dperiksa macamlah terrorists. Angmkat tangan letak tangan, naik kapal terbang keluar kapal terbang pun kena tanya dan check lagi! ‘Giler punya kerja’???
Shopping
Anda akan amaze melihat orang Kashmiri berniaga? Cari di promote barang dia pegh, tersalah layan anda akan terbeli!! Awas!!! Kalah orang cina rasanya. Apa barang menarik nak shopping di Kashmir – (1) jewelry aka barang kemas, emas dan batu berharga. Zamrud, Onex. Spire, dll; cicin yang diikat dengan perak dan emas. (2) Kain, textile, shawl, sari, karpet (3) jaket kulit dan bulu binatang; saya beli serendah harga RM30. (4) Dan barang kraftahgan kasmiri kotak yang dibuat indah. (5) Saffron dan teh massla.
Anda boleh jadi gila membeli di sini kerana kedai datang buat adan pergi ke kedai. Kebanyakan masa kedai akan berada disisi anda tanpa diundang. Maskud saya di awal pagi mereka akan datang menaiki shikkara (boat pelancong yang dihias indah) mereka memberi salam dan masuk ke dalam house boat anda sedang anda masih bersarapan pagi. Mereka akan menunggu dengan tekun dan sabar sehingga anda selesai. (Pasti pemilik boat ada ambil komisyen). Setiap peniaga akan mebgambil giliran memperkenalkan barangan mereka pagi itu saja saya dan isteri bersama teman menghabsikan lengkugan RM500 membeli baju jaket, tpoi, bulu binatang dan baju panas.
p/s: Sehingga ini dapat saya kisahkan perjalanan saya di Kashmir. Tulisan ini diniatkan agar ramai berkunjung ke sana membantu saudara seagama.
Ketika tulisan ini dibuat Kashmir sedang mengadapi pilihanraya.







