BELASUGKAWA : BERSIH

 

 

BELASUGKAWA
: BERSIH

 

 

 

 

 

Yang
meninggal itu seorang pemandu teksi, semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.
Arwah tetap bekeras mahu turun menyokong Bersih, kerana dah terbuku lama. Rasa
itu membengkak dalam hati, tak siapa yang tahu. Soal konsesi, soal susah nak
cari rezeki, soal orang lain minta orang lain dapat, kena hulur dulu baru dapat
semuanya jadi serkam yang membara. Bukan arwah saja, yang lain juga turut
berasa. Katanya isu ini sering dibawa ke Parlimen, dalam siding-sidang. Belum
sempat dipinda polisi, harga minyak naik; tak lama kemudian turun, naik lagi
dan turun dan naik lagi. Menyusul ikut naik pula harga ikan dan ayam. Naik
mendadak. Sejak hari itu  ramai rakyat
yang makan telur ajer. Telur dadar atau ‘telur mata kebau’. ‘Ibu ayam’ dah
mula komplain. Dulu selalu ada cerita gula dan minyak masak hilang di pasaraya
semuanya kerja ‘toyol’ yang panic dan takut tak dapat makan. Habis diborong
semua tanpa belas kasihan, hanya memikir ‘tembolok’ sendiri sehingga terlupa
yang kita hidup 1 Malaysia
bukan hanya 1 keluarga. Yang lambat dapat gaji terkebel-kebel, tak tersisa.

 

 

 

 

 

Makcik
jual kuih lebih pening dari panic, nak naik harga kuih orang tak beli, maka terpaksa
serap kos. Belanja sekolah anak-anak terpaksa dipotong. Anak yang bijak pintar
disekolah dulunya sudah ‘mencuka’ dah mula malas malas membaca. Buat perangai
dengan cikgu melawan kata guru. Guru komplain kerja makin banyak budak makin
nakal. Apa punca tak tahu. Bila dah tak tahan disebat murid dengan penuh emosi.
Murid tadi dah pasang niat nak balas dendam nak pukul cikgu macam KL
gangster
. Kelas sebelah nyanyi lagu ‘Bangu Oh Bangau Kenapa Engaku Kurus’, macam
mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
..(sampai ke akhir chorus) semua
salah menyalahkan. Akhrinya bila bawa kat ‘peringkat tertinggi’ semua terkejut
bila kata mereka ‘memang makanan aku’ (?)

 

 

 

 

 

Tekanan
darah tinggi pakcik teksi ikut naik macam barometer. Besok nak kena
terjah KL lagi, rutin yang menyakinkan sebuah reality – macet dimana-mana; Pak
Menteri jarang rasa macam mana duduk berlama-lama dalam teksi. Aircond teksi
bukan macam aircond opis kalau lama tak servis alamat yang masuk ‘karbon ditoksida’.
Bukan ada karaoke hanya bertemankan radio kata dejjay Sinar FM ‘I follow’.
Jalan sesak. Hari-hari, bukan sehari dua. Konar sana konar sini sangkut lagi. Makin maju
makin kalut. Katanya kerajaan dah cuba nak baiki keadaan dan jalan,
tapi kata orang kedai kopi banyak cakap dari aksi – Jalan cantik tapi sistem hampeh.
Semua isu basi. Tak bersungguh, kalau aku jadi Pak Menteri semalam aku dah ubah
polisi. Kedai kopi jadi medan
luahan rasa. Dulu masa zaman mewah kedai kopi jadi tempat tengok gusti. Hulk
Hogan
berentap dengan the Rock. Dikilas, dibanting dan dipukul tang tembolok
the Rock menggelupur kawan macam orang kena sembur air dan gas. Selepas
order teh tarik dan Nescafe panas, duduklah mereka bersidang sampai larut
malam.  Makin larut makin ramai riuh
rendah warung kopi tepi jalan yang ikut serta bertambah ramai termasuk ‘hantu
kum-kum’
.

 

 

 

 

 

Demonstrasi
adalah satu cara tunjuk rasa. Bukan sekadar sokong dan taksub. Ada rasa  tak puas hati, ada rasa dendam dan benci, ada
rasa benggang, ada rasa yang telah mati semuanya nak ditunjuk sekali. Yang nak
ditunjuk yang dah lama sangat terpendam. Kalau kerajaan BN tak dapat mesej atau
buat tak faham alamat dalam pilihanraya nanti pukulan TKO. Isunya ‘valid
dan sah. Jika kerajaan BN tidak mahu kalah maka wajib atas mereka membetulkan
keadaan bukan menyalahkan.

 

 

 

 

 

Memang
benar BERSIH 2.0 mencetuskan 2 kelompok yang menyokong dan yang menentang. Kita
sudah mula berpecah menjadi 73 firkah. Bila nak bersatu saya pun tak tahu. Rasanya
tak mungkin berlaku? Sudah banyak sejarah dan sejarah itu semuanya hitam
belaka. Kenapa kerana wang dan takhta. Projek dan Putrajaya. Semuanya tersimpul
sekali dalam aksi memangkah undi ie. Pilihanraya. Maka pilihanraya ibarat hidup
dan mati, “…akan kami pertahankan Putrajaya sampai ketitisan darah terakhir!”
laungan hulubalang UMNO. Akan kami tentang habis-habisan – lawan tetap lawan!
Jerit Pendekar berantai PAS & PKR. Barangkali itulah harga yang perlu
dibayar. Memang ditakdirkan orang Melayu terus berbalah. Serumpun tapi tak
boleh berhimpun. Mujur yang tak dapat pergi tak dituduh petualang dan yang
pergi semua tak mati.

 

 

 

 

 

Terima
kasih kita aman tetapi tiada maaf bagi perasuah. Terima kasih kita maju tetapi
tiada erti kalau runtuh moral dan perilaku. Ingatlah tamaddun Baghdad,
Andalusia & Uthmaniyyah lebih hebat tetapi hancur dan punah akibat bercakar
sesama sendiri, tidak peduli pada simiskin, kaya dengan ‘menyebat’ duit rakyat.
Dimana aku harus berdiri? Pejuang memohon simpati pada petualang, suadara
mengkhianati sesama rakan taulan? Apakah ini sebuah permainan atau sebuah
perjuangan? Kata ustaz dan aktivis ilmu “apakah patut kita bersama musuh
untuk melawan musuh
”. Kata orang politik; “kita akan saling guna
menggunakan untuk mengalahkan musuh
”. Pesan pendita tua jangan jadi seperti
Osama Bin Laden bersama Amerika mengalahkan Beruang Merah tetapi dibelit ular Yahudi-zionis
untuk mencetus al Qaeda. Menuggang ia atas pejuang yang naïf dan bebal. Menjadi
kambing hitam atas nama perjuangan! Melihat ia dengan mata belalang bukan
dengan ata helang. Dimana aku harus berdiri? Semoga Allah memelihara pejuang
Islam dan para pendokong harakiyyah. Bila ditanya kepada nabi bilakah
kemenangan itu akan tiba? jawab nabi kemenangan itu dekat.

 

 

 

 

 

Post-post yang berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

*
= 5 + 0