PERKHABARAN DARI MAKKAH

Ada ketika suhu mencecah 50 darjah celicius. Panas, kering dan berbahang. Berjalan kaki ke masjidil Haram menempuh jalan raya membuatkan tekak kering dan dahaga. Demikian puasa di Makkah. Mujahadah jasad yang perlu ditempuh memang dahsyat. Memilih saf di Masjidil Haram ada kalanya perlu berbalah dulu dengan jamaah Turki, India dan Arab – tetap saja mereka mahu mencelah walau tiada ruang. Jika saf fitnggalkan jangan harap ia boleh dituntut kembali cari saja yang lain. Jika terdesak buang air jawabnya kena beratur panjang, setelah sekian lama menunggu anda perlu bergegas melepaskan qada hajat, jika tidak pintu diketuk bermakna “bro times up”.

Ironisnya walau demikian payah mujahadah jasad tetapi rohani tetap puas, bayangkan dapat menatap Kabaah- syahdu dan rindu terubat, tempat pilihan Allah. Tempat kekasihNya Ibrahim as menyembelih cinta dunia. Menjadi tetamu pilihan Allah, suatu ni’mat yang tidak terbayangkan. Bertawaf bersama para malaikah yang tidak putus pengabdian mereka di Baitul ma’mur. Mendamba lailatul Qadar di masjidil haram – mengharap pahala 100,000 untuk satu solah buat bekal 83 tahun di sana.  Ayuh, aku seru teman dan taulan ku yang membaca tulsian  ini, berniat dan berazamlah untuk kemari – tempat Allah pilih kita menjadi tetamunya. Datanglah berkunjung kemari walau sekali jangan ditunggu seru – tanamkan niat, qasad dan azam. Seorang perempuan India tua yang bukan hartawan sampai kemari kerana telah mengimpun doa sejak dulu menjadi tetamu ALlah. Jika Allah pilih kita tetap akan sampai – bayangkan ada orang kaya tetapi tiada masa nak kemari, ada orang banyak duit tapi kesihatan tidak  mengizinkan, maka yang datang itu adalah pilihan Allah.

Inilah tempat Allah memilih hamba-hambaNya. Nabi Ibrahim, ummi Hajar dan Ismail as dipilh Allah dilembah kering ini. Tempat ini dipilih sebagai titik pusat dunia. Tempat ini dipilih menjadi tempat kelahiran nabi akhir zaman.  KekasihNya Saiyyidina Muhammad  saw. Tanamkan qasad yang paling dalam nescaya engkau akan dipilih hadir menyahut seruanNya.

Berada di Makkah memeng punya masa yang banyak. Justeru saya berniat untuk menyudahkan penulisan 2 buku saya secara serentak -  saya percubaan dan cabaran baru dalam hidup saya. Setiap hari kehidupan adalah cabaran bagi saya. Mencuba sesuatu yang baru. ’Disebalik Arrival’ dan ‘Konspirasi Terkahir’ sedang dalam pembikinan. Kerja-kerja penulisan ini sudah bermula cuma mahu mencari titik akhir. Bayangkan beg saya separuh darinya adalah buku dan bahan rujukan. Namun kita hanya mampu merancang Allah menentukan. Hasrat itu semacam tidak kesampaian.

Elemen penting dalam sebuah kerja penulisan adalah kehadiran ‘mood’. Dengan adanya ‘mood’ maka akan ada sentuhan magis dalam melakar ayat-ayat indah dan luarbiasa. Entah mengapa ‘mood’ penulisan ini tidak tiba. Barangkali cuaca panas, keletihan dan rutin yang tidak menentu, menjadikan saya tidak keruan disini demi menyungguhkan niat dan azam penulisan saya.  Jenuh saya bergelut mencari mood tenang, mood kreatif dan seumpamanya;  rupanya fokus nurani saya lebih kepada mujahdah diri dan nafsu.

Mujur Allah izinkan perkara lain berlaku, saya berupaya mengukuhkan kedua-dua karya ini, mendapat idea baru. Membuat rombakan kembali memberi penegasan paling mantap – mencari ‘fondisi’ yang lebih kukuh untuk ditampilkan pada khalayak pembaca.

InshaAllah 2 karya ini akan memberi fokus yang bermakna. Disebalik The Arrival adalah sebuah karya semi misteri. Menjawab persoalan sedia ada yang ditampilkan dalam 55 siri youtube yang pernah menjadi fenomena (sila layari sendiri-lihat isi kandungannya). Rupanya disebalik siri Youtube ini tema teras adalah meyelongkar misteri secret society, freemason dan illuminati. Maka anda akan berpeluang mengiktui huraian subjek secret society - versi saya. Saya cuba menampilkan apa yang belum pernah diceritakan orang. sesuatu yang tersimpan misteri! Inilah tema sentral Di Sebalik The Arrival.

Konspirasi Terakhir adalah karya sarat fakta aksi yahudi-zionis dalam mendominasi dunia. Sudah ramai orang menulis subjek ini dan saya juga mencari kelainan. Menyelongkar aksi mutakhir kematian Osama Bin Laden, rerformasi Timur Tengah dan kiris kewangan Amerika. Disinilah saya menjadi tidak keruan antara menerapkan idea sendiri dan meneguhkan ia dengan fakta.

Apa yang menarik buku ini akan diterbit oleh 2 syarikat pernerbitan yang berbeza (anda akan tahu nanti). Sebetulnya saya tidak tahu implikasinya. Saya sekadar mencuba – mencabar diri sendiri dan mencari kelainan. Selebihnya saya serahkan pada Allah. Sebetulnya hasil karya bukan milik penulis (pendapat peribadi) ia adalah anugerah Allah subhanahuwataala. Ketika saya dipelawa syarikat penerbitan ke2 untuk menyumbang karya, entah mengapa saya menyanggupinya. Dalam satu temubual mesra diPBKL baru lalu. Dengan penerbit Membongkar Misteri dajjal (HRP) saya sudah memberi komitmen untuk menerbit lebih banyak buku misteri. Mereka tampak gembira, mudah-mudahan Allah perkenankan.

Walauapa pun, ilham dan idea selalu mendahului saya. Sering saja hadir dan ada saja yang baru. Kalau ada co-author ingin saja saya menyuruh dia menulis apa yang saya fikir. Yang lambat adalah aksi penulisan – menaip dan menyusun ayat.  Oleh kerana itu mood, masa dan suasana hening adalah elemen penting untuk saya berkarya.

Selamat Berpuasa, Berbuka, Bertemu malam lailatul Qadar dan Selamat hari raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...