KEMUNCULAN UFO : PERINGATAN BACA SEBELUM MEMANDANG KE LANGIT

Jujur saya katakan, saya tidak pasti sejauhmana benarnya foto imej dan digital video UFO ini. Sungguhpun saya adalah antara enthusiast objek misteri ini. Saya akui saya pernah melihatnya objek aneh (kapsul) terbang diangkasa 30 tahun dahulu. Bermula dari situ kembara misteri saya bermula; saya mula mengumpul cerita dan bahan misteri UFO. Ketika itu umur saya 12 tahun, pada umur seusia itu saya sudah menulis surat berhubung dengan Dr. J Allen Hynek seorang UFOlogist. Bicara saya pada ketika itu berkenaan dengan Project Blue Book yang diilhamkan oleh beliau.

Pyramid UFO over China Analyzed – YouTube , http://www.abovetopsecret.com/forum/thread568589/pg1

Namun objek UFO dalam bentuk piramid yang kelihatan sejak akhir-akhir ini menimbulkan curiga. Saya terbaca berita ini dalam akhbar Kosmo. Saya membuat carian dan selidikan. Sepertinya ada beberapa imej dan rakaman video yang authentic terutama di UK, Spain dan terakhir di China. Objek UFO dalam bentuk piramid ini terlalu besar seumpama mother spaceship. Cuma imej dan rakaman video di China itu kelihatan kabur dan ‘to good to be true’. Perinciannya boleh dibaca dalam . Saya bukanlah ahli dan pakar dalam mengesahkan ketulenan foto imej dan rakaman video itu. Bahkan artikel ini ditulis bukan untuk mengesahkan mahupun menidakkannya.

PYRAMID UFO LANDING IN SPAIN – YouTube

Artikel ini ditulis untuk menzahirkan pendapat saya, kemungkinan disebalik fenomena ini. Setakat ini UFO belum muncul secara massa (saya tidak pasti apa istilahnya) – maksud saya muncul dengan disaksikan oleh sekalian ramai orang. Jika benar ia sudah berlaku di Moscow, Kremlin, Beijing, Lun, Japan, Sepanyol, Colombia tidak mustahil ia akan muncul di langit Kuala Lumpur. Bahkan jangan tidak tahu aktiviti UFO pernah, sudah dan sedang berlaku tanpa kita sedar (ada http://www.youtube.com/watch?v=v_XhX-4UVxU&feature=related ). Namun cerita kemucnulan UFO ini biasanya saya layan macam dengar cerita ‘hantu bonceng’ jer. Maksud saya dia ada macam hantu dan jin tapi tak perlulah difikrikan sangat. Cuma bila melihat UFO piramid ini hati saya terdtik cemas.

AVVISTATA ALTRA PIRAMIDE NEL CIELO IN UK.mp4 – YouTube

Ada yang bertanya mengapa? Baik perhatikanlah gerakan UFO piramid ini berualngkali. Dan cuba sahkan apakah ia benar. Jika jawapan dalam hati sanubari saudara ya! Maka artikel ini ditulis untuk anda.

Pyramid ufo over UK.flv – YouTube, 2010-07-17 Taiwan Pyramid UFO in Lightning – YouTube, UFO Emitting Lightning Caught On Camera – YouTube

Dalam footage Arrival (capai kemudian agar anda tidak hilang fokus dengan tulisan saya) ada memaparkan kisah dan bicara UFO. Ringkasnya ia adalah sebahagian dari konspirasi Dajjal). Fenomena UFO memang misteri, memang mencabar minda malangnya sehingga tidak ada jawapan yang pasti. Semuanya kekal sebagai spekulasi. Saya ada menulis tentang UFO dalam buku saya yang terbaru Disebalik Arrival (dalam pembikinan). Sebetulnya saya memerlukan satu buku khusus untuk membicarakan tentang fenomena UFO ini – disamping ada peminat dan pengikut laman web saya yang menawarkan diri untuk menceritakan pengalamannya bertemu dengan alien atau UFO. Saya belum ada kesempatan utnuk mengadakan pertemuan dengan mereka.

Berbalik pada UFO piramid. Sesudah anda memerhatikannya barangkali takjub – itu setelah menontonnya apa kata kalau ia benar-benar munudl dilangit KL jam 3.00 petang atas puncak KLCC. Pasti anda, teman, keluarga akan menatapnya.

Dengar baik-baik nasihat saya, “Jika ia muncul di langit KL, jangan pandang lebih dari 30 sec. atau jangan pandang sehingga objek piramid kecil itu mengelilingi sehingga satu pusingan. Awas! ia adalah satu device raksaksa yang mengandngi sonar – atau gelombang yang tidak kelihatan oleh mata kasar. Apabila UFo itu wujud dalam bentuk piramid bermakna ia seumpama janakuasa raksaksa yang tidak tahu fungsinya;  pada hemat saya ia semacam mekanisme “mind control” yang cuba memukau orang yang melihatnya. Mungkin ia akan erase – padam sesuatu dalam minda anda atau mengimplan sesuatu bagi tujuan mind invasion. “  Jangan rasa takjub apa, jagan rasa hairan – detik hati hendaklah sentiasa ada Allah Maha Besar. Demikian nasihat saya bagi sesuatu insiden yang belum pasti dan mungkin terjadi. Wallahu’alam. Walau apapun doa saya semoga anda semua selamat dari fitnah Dajjal. Ameen.

Jika anda rasa fenomena UFO dan alien adalah hoax sila lihat youtube yang saya linkkan – aktiviti UFO di Jerusalem:-

UFO over Jerusalem – SCARY TRUTH!!! – YouTube

ANOTHER UFO OVER JERUSALEM (SAME PLACE-DAYLIGHT) MARCH 2011 – YouTube

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...